UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Serangan Adware

Serangan Adware

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 26 January 2006



Jika anda gemar memuat turun lagu dan video baru dari internet, anda perlu berhati-hati kerana fail-fail ini mungkin telah dimasukkan dengan iklan tanpa sedar atau adware.

Didapati sesetengah fail Windows Media yang diperoleh dari rangkaian peer-to-peer seperti Kazaa mengandungi sejenis kod yang boleh menghasilkan iklan popup atau adware. Fail-fail ini kelihatan sepertimana lagu biasa dan video pendek dalam format Windows Media, tetapi telah dimasukkan dengan pelbagai jenis pop-ups dan ada diantaranya cuba untuk merampas (hijack) alamat homepage pada pelayar web.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko serangan adware:

Aturan pada Windows Media Player
Pilih Tools -> Options -> Privacy dan nyahaktifkan Acquire licenses automatically for protected content. Dengan ini, satu dialog amaran akan dipaparkan kepada anda setiap kali fail cuba untuk mendapatkan lesen dari alamat tapak web sumber. Jika anda ragu-ragu dengan tapak web tersebut, pilih "No".

Aturan pada Internet Explorer
Minimumkan penggunaan ActiveX control. Dalam IE pilih Tools -> Internet Options -> Security dan klik Custom Level.

Aturan pada Automatic Updates
Aktifkan fungsi Automatic Updates di dalam Windows anda. Untuk penerangan lanjut, sila baca artikel Menggunakan Automatic Updates Secara Efektif.

Gunakan perisian pop-up blocker
Perisian ini boleh mengelakkan tetingkap atau iklan tanpa sedar keluar pada skrin anda.

Gunakan perisian Anti Hijacker
Perisian ini boleh mengelakkan aktiviti rampasan pada alamat Home Page IE.

Anda boleh menggunakan perisian PC Security bagi melindungi alamat Home Page anda.

Gunakan Firewall
Gunakan perisian pendinding api seperti ZoneAlarm. Jika anda menggunakan Firewall Windows, pastikan firewall memantau semua paket yang keluar masuk dari komputer anda.

Halaman Berkaitan
Perbezaan Adware dan Spyware








email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini

Komen
Serangan Adware budakbaru | 01 May : 09:10
Jumlah Komen: 3

Penyertaan: 11 Apr : 19:11

Reply
Saya ade terbaca cara untuk meminimumkan Active X mengunakan IE, boleh pihak tuan terangkan bagaimane sekiranya saya menggunakan Firefox as browser


Komen
Serangan Adware webmaster | 10 May : 08:33

Jumlah Komen: 38


Reply
Since ActiveX utk Firefox datang dlm bentuk plugins, just install masa nak guna je. Kalau taknak guna ActiveX, just deactivate the plugin.


Komen
Serangan Adware hakim88 | 11 May : 23:20

Jumlah Komen: 15

Penyertaan: 10 Feb : 07:37

Reply
Sejak saya pasang ActiveX komputer saya tak pernah tiada virus, sekarang saya dah tak pasang lagi ActiveX..boleh kate virus tidak lagi serang komputer saya, tapi saya nak tanya ade tak perisian lain yang hampir serupa dengan ActiveX..



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0875 second(s).