UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Asas Linux

Asas Linux

Muka Surat 1
Oleh Azhar Kamaruddin
Dikirim pada Thursday 15 July 2004




Proses
Dalam Windows, untuk menyenaraikan proses yang sedang berjalan secara background anda akan menekan butang Ctrl+Alt+Del. Dalam linux, anda akan menggunakan arahan:

ps j

dan anda akan mendapat senarai seperti berikut:

Arahan Perintah

  PPID  |  PID   |  PGID  |  SID  |  TTY  |  TPGID  |  STAT  |  UID  |  TIME  |  COMMAND  | 
 --------+--------+--------+-------+-------+---------+--------+-------+--------+----------- 
  16209  | 16210  |  16210 | 16210 |  p1   |  18530  |   S    |  501  |  0:00  |  -bash  
  16210  | 18530  |  18530 | 16210 |  p1   |  18530  |   R    |  501  |  0:00  |  ps j 


Senarai di atas menunjukkan terdapat 2 proses yang sedang berjalan iaitu:

1) bash shell
2) arahan ps itu sendiri

PID bermaksud ID bagi proses tersebut.

Sebenarnya, proses yang sedang berjalan adalah lebih dari 2 kerana penggunaan arahan ps j hanya akan menyenaraikan proses yang berjalan oleh pengguna semasa. Untuk menyenaraikan proses keseluruhan sistem, gunakan arahan:

ps ajx

dan anda akan mendapat senarai yang panjang seperti ini:

Arahan Perintah
 PPID | PID  | PGID | SID  |TTY| TPGID | STAT | UID | TIME |          COMMAND           | 
 ------+------+------+------+---+-------+------+-----+------+----------------------------+ 
   0   |  1   |  0   |  0   | ? |   -1  |  S   |  0  | 1:48 | init [4] 
   1   |  2   |  1   |  1   | ? |   -1  |  SW  |  0  | 0:00 | (kflushd) 
   1   |  3   |  1   |  1   | ? |   -1  |  SW< |  0  | 0:00 | (kswapd) 
   1   |  12  |  12  |  12  | ? |   -1  |  S   |  0  | 0:17 | /sbin/update 
   1   |  13  |  13  |  13  | ? |   -1  |  S   |  0  | 0:00 | /sbin/kerneld  
   1   |  49  |  46  |  46  | ? |   -1  |  S   |  0  | 0:00 | /usr/sbin/crond -l10 
   1   |  69  |  69  |  69  | ? |   -1  |  S   |  0  | 1:28 | /usr/sbin/syslogd -r 
   1   |  71  |  71  |  71  | ? |   -1  |  S   |  0  | 0:00 | /usr/sbin/klogd 
   1   |  75  |  75  |  75  | ? |   -1  |  S   |  0  | 0:02 | /usr/sbin/inetd 
   75  |16209 |  75  |  75  | ? |   -1  |  S   |  0  | 0:03 | /usr/bin/X11/color_ xterm -s 
   1   |  77  |  77  |  77  | ? |   -1  |  S   |  0  | 0:13 | /usr/sbin/named   
   1   |  79  |  79  |  79  | ? |   -1  |  S   |  0  | 0:00 | /usr/sbin/lpd   
   1   |  94  |  94  |  94  | ? |   -1  |  S   |  0  | 0:01 | gpm -t bm   
   1   |  96  |  96  |  96  | ? |   -1  |  S<  |  0  | 0:05 | /usr/local/bin/xntpd   
   1   |  97  |  97  |  97  | 1 |   97  |  S   |  0  | 0:00 | /sbin/agetty 38400   
   1   |  98  |  98  |  98  | 2 |   98  |  S   |  0  | 0:00 | /sbin/agetty 38400 
   1   |  99  |  99  |  99  | 3 |   99  |  S   |  0  | 0:00 | /sbin/agetty 38400   
   1   | 9519 | 9519 | 9519 | ? |   -1  |  S   |  0  | 0:10 | sendmail:accepting connect  
 16209 |16210 |16210 |16210 |p1 | 18530 |  S   | 501 | 0:00 | -bash   
 16210 |18530 |18530 |16210 |p1 | 18530 |  R   | 501 | 0:00 | ps aj


Baiklah, saya akan terangkan 2 proses terpenting dalam senarai di atas iaitu:

Arahan Perintah
  PPID  |  PID   |  PGID  |  SID  | TTY  | TPGID  | STAT |  UID  |  TIME  |  COMMAND      | 
 --------+--------+--------+-------+------+--------+------+-------+--------+---------------+ 
     1   |  9519  |  9519  | 9519  |  ?   |  -1    |  S   |   0   |  0:10  | sendmail: 
     1   |   75   |   75   |  75   |  ?   |  -1    |  S   |   0   |  0:02  | /usr/sbin/inetd


Sendmail ialah program yang berfungsi sebagai pelayan Internet Mail atau Internet Mail Server, manakala inetd pula ialah program Internet Superserver yang berfungsi sebagai servis Internet.

Seperti juga dalam sistem Windows, anda sebagai admin berhak untuk memberhentikan proses yang dirasakan tidak perlu. Dalam sistem Linux, untuk memberhentikan sesuatu proses, anda perlu menggunakan arahan kill. Untuk menggunakan arahan ini, perlu disertakan sekali ID Proses yang ingin diberhentikan:

kill PID

Contohnya, jika anda ingin memberhentikan proses sendmail, anda akan menggunakan arahan:

Arahan Perintah
$ kill 9519


1  2  3  4  >> Seterusnya





email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian






Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2654 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.3366 second(s).