UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Pengenalan Web Hosting

Pengenalan Web Hosting

Oleh webmaster
Dikirim pada Saturday 22 April 2006



Mengapa anda memerlukan web hosting?
Bagi membolehkan sesebuah laman web berada di internet, fail-fail web perlulah disimpan di dalam sebuah komputer yang dipanggil pelayan web atau web server. Web Server ialah komputer yang berkuasa tinggi yang mampu untuk melayan beribu-ribu permintaan pengguna dalam satu-satu masa. Web Server juga akan disambungkan ke internet sepanjang hari selama 24 jam supaya ia dapat diakses setiap masa.

Laman web IlmuIT.com ini contohnya telah dihoskan menggunakan web server yang terletak di Texas, Amerika Syarikat dimana penyedia perkhidmatan web hosting ini ialah sebuah syarikat yang menjual ruang web servernya kepada pelanggan seperti saya. Antara sebab mengapa laman web ini tidak dihoskan sendiri adalah kerana:

1. Kos bagi memiliki perisian server yang mahal (web server, mail server, firewall, anti virus dan lain-lain).

2. Server memerlukan talian internet jalur lebar selama 24 jam sehari, yang juga memakan belanja yang mahal.

3. Pengendalian server 24 jam yang memerlukan pekerja yang mahir dan berpengetahuan tinggi.

Perkhidmatan web hosting hari ini boleh dikatakan murah berbanding tahun-tahun sebelum ini. Dengan kos kurang RM8 sebulan, anda sudah boleh memiliki web server sendiri bagi tujuan persendirian mahupun perniagaan. Terdapat juga syarikat-syarikat web hosting yang menawarkan perkhidmatan secara percuma, walau bagaimanapun saya tidak menggalakkan anda menggunakan perkhidmatan web hosting percuma bagi laman web syarikat. Ini kerana web hosting yang diberikan percuma biasanya akan dipamerkan iklan-iklan ke dalam laman web anda selain beberapa penggunaan yang terhad seperti memiliki domain sendiri dan emel sendiri.

Kriteria utama dalam memilih Web Hosting
Jika laman web anda hanya mengandungi halaman HTML semata-mata, anda tidak perlu bimbang jenis sistem operasi yang digunakan. Jika laman web anda mengandungi kandungan dinamik yang memerlukan akses pangkalan data (database), anda mungkin perlu membuat keputusan pada teknologi yang harus digunakan bagi laman web anda.

Berikut adalah ciri-ciri penting yang perlu anda tahu sebelum memilih Web Hosting.

1. Sistem Operasi (OS) - Pastikan jenis sistem operasi yang digunakan (Windows, Unix, Linux)

2. Ruang Cakera (Disk Space) - Berapa jumlah ruang cakera yang disediakan. Ruang cakera disukat dalam bytes, megabytes (MB), atau gigabytes (GB). Bagi laman web berskala kecil yang mengandungi tidak lebih dari 100 halaman tanpa imej dan fail video, ruang cakera 25 MB sudah memadai.

3. Jalur Lebar (Bandwidth) - Berapa jumlah jalur lebar yang disediakan dalam sebulan. Jalur lebar ialah sukatan bagi jumlah kuantiti pemindahan fail yang berlaku apabila pengguna mengakses fail-fail sesebuah laman web. Bagi laman web yang kurang dikenali ramai dengan jumlah trafik yang rendah, 1-2 GB sebulan adalah mencukupi.

4. Akses FTP - Akses FTP adalah perlu bagi membolehkan anda memuat naik (upload) fail-fail web ke dalam server. Sesetengah web hosting (biasanya yang percuma) tidak menawarkan akses FTP.

5. Sokongan pelanggan - Kriteria ini amat perlu sebelum memilih web hosting. Samada melalui emel, telefon atau live chat anda boleh mencubanya sebelum mendaftar perkhidmatan mereka. Perhatikan cara mereka memberikan jawapan dan kepantasan menjawab semasa memberikan respon.

6. Jaminan uptime - Jaminan uptime sekurang-kurangnya 99.5% adalah perlu bagi sesebuah laman web. Uptime 100% mungkin akan melibatkan kos yang tinggi, bagaimanapun elakkan jaminan uptime yang kurang dari 99.5%.

Setelah anda menyenaraikan syarikat-syarikat yang memenuhi kriteria-kriteria di atas, habiskan sedikit masa anda di internet untuk membuat kajian tentang latar belakang sesebuah syarikat web hosting.

1. Masuk ke forum-forum tempatan dan luar negara dan tanyakan pendapat dan cadangan mereka berdasarkan pengalaman masing-masing.

2. Masuk ke laman web reviu dan baca respon-respon pengguna yang pernah menggunakan sesuatu perkhidmatan.

Jika anda sedang mencari perkhidmatan hosting tempatan dengan sokongan pelanggan yang baik, saya cadangkan anda memilih Exabytes.






email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Jumlah nilai:  8.0 - 1 juri


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.4192 second(s).