UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Asas membina Laman Web

Asas membina Laman Web

Oleh webmaster
Dikirim pada Saturday 16 September 2006



Membangunkan laman web sendiri adalah cara yang paling mudah dan murah bagi menjalankan perniagaan anda secara online. Terdapat tiga langkah-langkah untuk membina laman web:

1. Membeli perisian penyunting HTML WYSIWYG seperti Adobe GoLive, Macromedia Dreamweaver atau Microsoft FrontPage. Atau anda juga boleh menggunakan perisian percuma seperti NVU.

2. Mencipta laman web menggunakan salah satu perisian suntingan di atas.

3. Memindahkan fail-fail ke web server melalui FTP.

Penyunting HTML
Antara penyunting HTML yang popular bagi orang baru adalah:

- Adobe GoLive
- Macromedia Dreamweaver
- Microsoft FrontPage
- NVU

Kesemua program-program ini membolehkan anda menghasilkan laman web menggunakan templates dan ciri-ciri WYSIWYG yang mudah seolah-olah anda menggunakan program-program seperti Microsoft Word atau PowerPoint. Anda hanya perlu mencipta atau memilih bentuk template yang tersedia, taipkan isi kandungan, dan klik butang save untuk menyimpan.

Jika anda memilih perisian Microsoft FrontPage, anda perlu memastikan syarikat web hosting anda juga menyokong sambungan FrontPage (FrontPage extensions).

Mencipta Laman Web
Bagaimana anda mencipta laman web bergantung kepada penyunting yang digunakan, walau bagaimanapun kebanyakan penyunting adalah sama.

1. Cipta atau pilih bentuk template bagi web anda. Jika anda mahir merekabentuk grafik, anda boleh mencipta template anda sendiri dari mula menggunakan perisian grafik seperti Adobe Photoshop. Kebanyakan beginner boleh memilih template tersedia yang didatangkan sekali dalam program penyunting HTML atau anda boleh membeli template yang dijual oleh pihak ketiga.

2. Cipta halaman muka surat dan masukkan beberapa teks ke dalam halaman tersebut sebagai kandungan.

3. Masukkan apa-apa grafik ke dalam web anda. Umumnya, grafik yang dimasukkan itu perlulah bersaiz kecil bagi mengurangkan masa download. Juga elakkan dari memasukkan terlalu banyak grafik-grafik animasi atau flashy yang boleh menyebabkan laman web anda kelihatan tidak professional.

4. Setiap kali selesai menyunting, anda boleh cuba melihat gambaran sebenar laman web anda pada bahagian preview. Apa yang dapat anda lihat itulah yang akan dilihat oleh pengunjung-pengunjung anda melalui pelayar web.

Apa yang penting dalam proses pembikinan laman web ini ialah proses cuba dan terus mencuba. Periksa laman web anda beberapa kali sebelum disiarkan secara online.

Menggunakan FTP
Selepas berpuas hati dengan laman web yang anda hasilkan, gunakan program FTP untuk memindahkan fail-fail web ke dalam pelayan web.

Jika anda menyewa tapak web hosting, penyedia web host akan memberikan kepercayaan kepada anda untuk menggunakan FTP dengan memberikan alamat FTP, username dan kata laluan bagi akaun anda. Maklumat-maklumat ini akan digunakan sebelum pemindahan dapat dilakukan ketika online.

Perisian seperti GoLive, Dreamweaver dan Frontpage didatangkan sekali dengan program FTP terbina dalam, jadi anda hanya perlu memasukkan maklumat akaun FTP anda ke dalamnya.

Terdapat beberapa program FTP percuma yang boleh digunakan:

Leech FTP - Download
WS_FTP - Download

Pasangkan salah satu program FTP tersebut dan masukkan maklumat FTP yang diberikan oleh pihak penyedia web hosting anda. Selepas anda bersambung ke pelayan FTP, dengan mudah anda boleh menyalin kesemua fail-fail laman web anda dari komputer anda di rumah ke tapak web hosting.

Halaman Berkaitan
Membina Laman Web dalam Microsoft Word


email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Jumlah nilai:  9.5 - 2 juri

Komen
psychoX | 18 Jul : 03:47
Jumlah Komen: 1


" 1. Membeli perisian penyunting HTML WYSIWYG seperti Adobe GoLive, Macromedia Dreamweaver atau Microsoft FrontPage. "

assalamualaikum tuan admin..

saya baru kat sini, izinkan saya beri komen, membeli perisian mungkin bagus bagi syarikat syarikat besar dan juga institusi pendidikan .. bagi org perseorangan atau home user, membeli perisian ..dalam artikata mengeluarkan sejumlah duit untuk satu program.

jadi saya cadangkan pada tuan admin supaya ada option lain yang boleh kita berikan kepada pengguna untuk memakai perisian yang free ... dalam contoh di atas perisian penyuting HTML WYSIWYG yang free yang boleh digunakan ialah NVU .. www.nvu.com. Multiplatform.

windows, linux dan mac os bleh install...

webmaster | 11 Sep : 22:10
Jumlah Komen: 30


terima kasih psychoX,

ZUA | 04 Jul : 22:51
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 04 Jul : 22:21

bagus ilmu it nie...so interesting...terus kan....

slaugh | 17 Aug : 06:56
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 16 Aug : 06:33

thank tapi kalu leh bagi ngan teperinci agi...

aman | 30 Mar : 04:30
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 30 Mar : 04:11

Salam, tahniah semua!

Bagi yang tiada
1) kemahiran yang baik
2)masa untuk memastikan web sentiasa update

sila lawati www.bitech.whizz.com.my untuk penyelesaian!



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Photorec : Memulihkan Data Yang Dipadam Secara Tidak Sengaja
Software ini berupaya mengembalikan data yang telah di padam atau media yang terformat secara tidak sengaja.

Mengesan jenis Kad Grafik


Antaramuka Shutdown
Menutup (Shutdown) dan memulakan semula (Restart) komputer melalui dialog.

Pintasan Hibernasi
Membuat pintasan (shortcut) hibernasi

Mengembalikan ikon "Show Desktop"
Cara untuk mengembalikan ikon "Show Desktop" di Quick Launch Bar


Google Button
Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 1696 | Jumlah Artikel: 379
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Bahan RSS
Advertise on this site
Render time: 0.1918 second(s).