UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Instalasi - Memasang Wordpress

Instalasi - Memasang Wordpress

Oleh webmaster
Dikirim pada Tuesday 18 July 2006



Muat turun perisian Wordpress di sini:

http://wordpress.org/download/

Terdapat dua jenis fail yang boleh didapati (zip dan tar). Saya akan mendapatkan Wordpress ini dalam bentuk zip. Semasa artikel ini ditulis, versi terkini Wordpress adalah 2.0.3. Sebaik proses muat turun selesai, unzipkan fail-fail Wordpress ke dalam root localhost anda. Saya akan menyimpan skrip ini ke dalam sub-folder /blog yang mana untuk mengakses Wordpress melalui pelayar web, saya akan menggunakan URL berikut:

http://localhost/blog

Sekarang buka fail wp-config-sample.php menggunakan penyunting teks seperti notepad dan tukarkan pembolehubah-pembolehubah di bawah berikut:

KOD
define('DB_NAME', 'wordpress');
define('DB_USER', 'username');
define('DB_PASSWORD', 'password');
define('DB_HOST', 'localhost');


Ubah dan gantikan dengan maklumat sebenar pelayan web localhost anda. Kemudian simpan sebagai (save as) wp-config.php.

Cipta database 'wordpress'. Guna arahan berikut:

create database wordpress

Arahan Perintah
mysql> create database wordpress;


Buka pelayar web dan lancar skrip install.php untuk memulakan proses instalasi.

http://localhost/blog/wp-admin/install.php

Klik 'First Step' (lihat Rajah 1)

Rajah 1

Masukkan tajuk yang sesuai bagi web blog anda dan juga alamat email yang akan digunakan untuk kerja-kerja pengendalian (lihat Rajah 2). Klik butang 'Continue to Second Step'

Rajah 2

Semak status pemasangan, username dan password anda di skrin ini (lihat Rajah 3)


Rajah 3

Sekarang anda boleh log masuk ke bahagian pentadbiran Wordpress melalui URL berikut:

http://localhost/blog/wp-login.php

Untuk melihat blog sebenar anda, gunakan:

http://localhost/blog



email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Jumlah nilai:  2.6 - 3 juri


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Photorec : Memulihkan Data Yang Dipadam Secara Tidak Sengaja
Software ini berupaya mengembalikan data yang telah di padam atau media yang terformat secara tidak sengaja.

Mengesan jenis Kad Grafik


Antaramuka Shutdown
Menutup (Shutdown) dan memulakan semula (Restart) komputer melalui dialog.

Pintasan Hibernasi
Membuat pintasan (shortcut) hibernasi

Mengembalikan ikon "Show Desktop"
Cara untuk mengembalikan ikon "Show Desktop" di Quick Launch Bar


Google Button
Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 1696 | Jumlah Artikel: 379
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Bahan RSS
Advertise on this site
Render time: 0.1254 second(s).