Tutorial Kategori Jenis-jenis bot Google

Jenis-jenis bot Google

Oleh webmaster
Dikirim pada Wednesday 19 July 2006



Enjin carian Google memiliki beberapa jenis robot atau spider yang ditugaskan untuk melakukan crawling atau spidering. Artikel ini akan mengupas beberapa jenis spider penting yang digunakan oleh Google iaitu Googlebot, MediaBot, ImageBot dan AdsBot.

GoogleBot
Googlebot, seperti yang diketahui ialah sejenis bot yang digunakan oleh enjin carian Google untuk mencari kandungan sesebuah laman web. Terdapat dua jenis Googlebot iaitu deepbot dan freshbot.

Deepbot ialah sejenis 'spider' yang akan cuba memasuki setiap pautan yang terdapat di dalam laman web dan memuat turun sebanyak mungkin halaman untuk diindekskan ke dalam Google. Oleh kerana deepbot bersifat mendalam, ia mampu untuk mengetahui gambaran atau struktur asas sesebuah laman web yang dikunjunginya.

Freshbot pula ialah sejenis 'spider' yang hanya akan mencari kandungan baru. Setiap kali 'crawling' dilakukan, freshbot akan memanggil dan memeriksa serta membuat perbandingan di antara kandungan baru dengan kandungan yang terdapat di dalam database. Jika terdapatnya perbezaan, maka freshbot bertanggungjawab untuk mengemaskini setiap maklumat terdapat di dalam database.

MediaBot
Mediabot ialah sejenis 'spider' yang digunakan untuk tujuan penerbitan Adsense. Fungsi utama Mediabot adalah untuk menentukan jenis-jenis iklan yang akan ditayangkan di halaman Adsense.

Google mencadangkan setiap pemilik web menambah arahan ke dalam robots.txt supaya membenarkan Mediabot mengakses keseluruhan tapak web. Untuk tujuan ini anda hanya perlu memasukkan kod berikut ke dalam fail robots.txt anda:

KOD
User-agent: Mediapartners-Google*
Disallow:


Ini bagi memastikan Mediabot dapat meletakkan iklan-iklan yang berkaitan dengan laman web anda.

Imagebot
Imagebot pula digunakan oleh Google untuk mencari fail-fail imej. Fail-fail imej akan ditempatkan mengikut nama fail, teks alt, dan tajuk gambar.

AdsBot
AdsBot ialah jenis 'spider' terbaru Google yang digunakan untuk menganalisa kandungan yang terdapat di dalam iklan.








email to someone printer friendly Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial
Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini

Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.

Render time: 0.2012 second(s). DB queries: 95.