UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Sistem Nama Domain

Sistem Nama Domain

Oleh webmaster
Dikirim pada Saturday 02 September 2006



Apa itu domain name?
Domain name ialah alamat unik bagi mengenalpasti lokasi sesebuah laman web. Contohnya URL http://www.ilmuit.com. ilmuit.com ialah domain name. http:// ialah protokol yang digunakan untuk mengakses laman web ini, manakala www pula ialah cabang kecil atau lebih dikenali sebagai subdomain. Anda boleh akses laman web ini dengan menaip http://ilmuit.com tanpa perlu menaip www.

Mengapa domain name diperlukan?
Bagi membolehkan laman web diakses dari seluruh dunia, ia perlulah disimpan di sebuah komputer yang berkuasa tinggi yang dipanggil pelayan web atau web server. Setiap web server memiliki alamat IP yang unik sebagai pengenalan diri dimana alamat ini terdiri daripada digit (contohnya 202.71.97.48). Oleh kerana sukar untuk diingat, maka pada awal tahun 1985 diwujudkan sistem nama domain atau domain names ini bagi memudahkan pengecaman lokasi bagi sesebuah pelayan web.

Bagaimana domain name berfungsi?
Setiap domain name perlulah didaftarkan dengan mana-mana pendaftar domain yang telah disahkan oleh ICANN. Pendaftar-pendaftar ini bertanggungjawab untuk mengendalikan database setiap domain yang berdaftar. Domain ilmuit.com misalnya telah didaftarkan di SSLCatacomb yang akan menyimpan rekod-rekod berkaitan dengan domain di dalam sebuah pelayan DNS atau DNS Server.

Apabila anda menaip alamat URL (contohnya http://www.ilmuit.com), pelayar web akan membuat permohonan ke DNS server yang terdekat dan mencari alamat IP yang sepadan bagi domain name ilmuit.com. DNS server kemudiannya akan memberikan alamat IP sebenar ilmuit.com kepada pelayar web.









email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini

Komen
Sistem Nama Domain myraE | 20 Aug : 21:36

Jumlah Komen: 3

Penyertaan: 14 Aug : 22:29

Reply
adakah semua website yang URL mempunyai www juga boleh dilayari sekiranya tidak letak www??

cth: ilmuit.com


Komen
Sistem Nama Domain webmaster | 24 Aug : 00:19

Jumlah Komen: 38


Reply
Boleh, selagi ada record SOA dalam DNS, URL ilmuit.com akan diresolve ke alamat IP dalam web server:



Komen
Sistem Nama Domain Nash | 18 Jan : 09:01
Jumlah Komen: 2

Penyertaan: 18 Jan : 08:47

Reply
adakah sistem nama domain mempunyai kekurangan dan kelebihan? sekiranya ada tolong berikan contohnya..


Komen
Sistem Nama Domain Nash | 18 Jan : 09:30
Jumlah Komen: 2

Penyertaan: 18 Jan : 08:47

Reply
selain protokol http:// saya perasan ada protokol lain seperti https:// apa perbezaannya??? selain protokol yang saya nyatakan apa protokol lain yang digunakan??? sila berikan contoh dan fungsinya..



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2654 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.1163 second(s).