UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Menggodam Wordpress

Menggodam Wordpress

Oleh webmaster
Dikirim pada Saturday 02 September 2006





Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara bagaimana untuk memaparkan sidebar pada semua halaman muka surat di dalam tema default Wordpress. Jadi pastikan anda menggunakan default theme di dalam Wordpress sebelum membaca tutorial ini.

Aktiviti menggodam ini akan melibatkan dua fail iaitu:

1) single.php
2) sidebar.php

Apa yang perlu anda buat ialah menyunting kedua-dua fail ini menggunakan Theme Editor yang terdapat di dalam panel kawalan Wordpress.

Langkah 1
Buka fail single.php dan cari kod:

KOD
<div id="content" class="widecolumn">


tukarkan dan gantikan class="widecolumn" kepada narrowcolumn seperti berikut:

KOD
<div id="content" class="narrowcolumn">


Dalam fail yang sama, skrol ke bahagian bawah sekali dan cari kod ini:

KOD
<?php get_footer(); ?>


Masukkan kod ini bersebelahan dengan kod di atas:
KOD
<?php get_sidebar(); ?>


supaya menjadi seperti ini:

KOD
<?php get_sidebar(); ?>
<?php get_footer(); ?>


Langkah 2
Buka fail header.php dan cari kod:

KOD
#page { background: url("/images/kubrickbgwide.jpg") repeat-y top; border: none; }


Gantikan kod di atas dengan kod berikut ini:

KOD
#page { background: url("/images/kubrickbg.jpg") repeat-y top; border: none; }


Itu sahaja, simpan kedua-dua fail ini (single.php dan header.php) dan segarkan pelayar web anda. Sidebar akan muncul di kesemua halaman muka surat di dalam blog anda.



email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Menyekat laman web dengan HOSTS
Cara menyekat laman web tertentu dengan menyunting fail HOSTS untuk Windows 9x, ME, NT, 2000, XP, 2003, Vista, dan 7.

Credential Manager dalam Windows 7
Pengenalan dan cara penggunaan Credential Manager dalam Windows 7.

Memapar matawang dengan betul
Memformat wang / matawang menggunakan fungsi NUMBER_FORMAT

Simbol Pembuka Kata dalam Pembolehubah
Menggunakan simbol pembuka kata (Double Quotes) dalam pembolehubah (Variable)

Nyahaktif Hibernasi dalam Windows 7
Menyahaktif (Deactivate) Hibernasi untuk menjimatkan ruang storan dalam Windows 7.




Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2200 | Jumlah Artikel: 397
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0898 second(s).