UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Apa itu SEO?

Apa itu SEO?

Oleh ali
Dikirim pada Tuesday 05 September 2006



Apa itu SEO
SEO atau singkatan kepada Search Engine Optimization ialah kaedah yang digunakan oleh webmaster untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi di dalam enjin carian internet. Setiap orang yang memiliki laman web mahukan setiap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan mendapat perhatian umum. Jika anda ada produk yang ingin dijual di internet, SEO adalah langkah perlu bagi mempromosi produk anda kerana internet adalah medium yang paling berkesan untuk tujuan pemasaran.

Saya percaya anda sudah pun atau sedang merancang untuk memiliki website sendiri. Setiap maklumat tentang produk juga sudah ada, sekarang siapa yang akan tahu kewujudan anda? Di sinilah gunanya SEO. Tujuannya adalah untuk mengumumkan kehadiran web anda dan menjadikan laman web anda popular di internet. Enjin Carian Internet adalah kunci utama yang perlu diberikan perhatian.

Timbal balik
Beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang SEO. Pautan timbal balik atau linking adalah cara yang paling popular dan berkesan jika anda mahu laman web anda berada di web dengan cepat. Mula-mula anda perlu mencari mana-mana laman web yang menawarkan produk yang hampir sama dengan anda, kemudian minta pemilik laman web tersebut untuk meletakkan pautan (link) anda di dalam website mereka. Dengan cara ini anda secara tidak sedar telah mendirikan satu jambatan masuk ke website anda. Inilah rahsianya. Jika laman web anda masih belum muncul-muncul di Google walaupun sudah bertahun-tahun berada di internet, sila lakukan sekarang. Ianya adalah untuk kebaikan anda juga.

Blogging
Blogging juga salah satu cara untuk anda kelihatan di web. Ceritakan elemen-elemen unik yang terdapat pada produk yang dijual. Jika blog anda ditulis dengan baik, kemungkinan besar laman web anda akan menjadi popular. Jika blog anda cukup bagus, ia akan tetap menjadi buah mulut orang di forum-forum. Bayangkan jika anda berjaya meraih populariti melalui cara ini. Jadi, mulakan memblog.

Enjin Carian
Enjin carian internet adalah rajanya. Jika anda mahu laman web anda berjaya, ia perlulah diperkenal ke seluruh dunia melalui enjin carian. Untuk tujuan ini, berusahalah untuk mendapatkan ranking yang tinggi di dalam enjin carian. Enjin carian akan memberikan ranking tertentu berdasarkan kriteria yang berbeza. Apabila robot atau spider singgah ke laman web anda, ia akan memeriksa samada laman web memenuhi keperluan di dalam enjin carian. Berdasarkan keperluan ini, setiap laman web akan diberikan ranking tertentu dan ranking inilah yang akan menentukan sejauh mana kedudukan anda di dalam web.

Penting: Jangan sekali-kali cuba menipu enjin pencari semata-mata mahukan ranking yang tinggi kerana algoritma enjin pencari akan sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa. Silap-silap ranking anda boleh turun secara mendadak atau terus tiada ranking langsung.

Anda boleh gunakan tool Google Page Rank Checker untuk memeriksa ranking terkini laman web anda.

Sebelum memulakan proses Search Engine Optimization, penting bagi anda untuk memahami tujuan sebenar SEO. Cuba kumpul seberapa banyak maklumat yang boleh tentang kaedah-kaedah yang boleh digunakan sebelum melakukan SEO bagi laman anda. Jika anda berjaya dalam SEO, anda sebenarnya sudahpun berjaya 70% di dalam perniagaan internet.



email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Photorec : Memulihkan Data Yang Dipadam Secara Tidak Sengaja
Software ini berupaya mengembalikan data yang telah di padam atau media yang terformat secara tidak sengaja.

Mengesan jenis Kad Grafik


Antaramuka Shutdown
Menutup (Shutdown) dan memulakan semula (Restart) komputer melalui dialog.

Pintasan Hibernasi
Membuat pintasan (shortcut) hibernasi

Mengembalikan ikon "Show Desktop"
Cara untuk mengembalikan ikon "Show Desktop" di Quick Launch Bar


Google Button
Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 1696 | Jumlah Artikel: 379
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Bahan RSS
Advertise on this site
Render time: 0.3884 second(s).