UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Menulis skrip Shell Bash

Menulis skrip Shell Bash

Oleh zainal
Dikirim pada Wednesday 13 December 2006



Skrip shell mengandungi senarai arahan yang akan dilaksanakan secara turutan. Lazimnya, skrip shell dimulakan dengan baris berikut:

KOD
#!/bin/bash


Baris ini menunjukkan skrip perlu dilaksanakan dalam shell bash. Ini penting kerana setiap shell menggunakan sintaks yang berbeza-beza.

Berikut ialah langkah-langkah untuk menulis skrip Shell:

1) Gunakan penyunting teks seperti vi atau mcedit untuk menulis skrip.

2) Mulakan menulis, Mari ambil contoh skrip shell di bawah ini. Ia mengandungi beberapa arahan mudah:

KOD
#!/bin/bash
echo "Apa khabar $USER. Berikut ialah"
echo "senarai fail yang terdapat dalam direktori $PWD"
ls # arahan senarai fail


$USER dan $PWD ialah pembolehubah piawai dalam shell bash. Jadi kedua-duanya tidak perlu ditakrifkan.
ls ialah arahan senarai direktori dan fail. Tanda # selepasnya pula menunjukkan komen.

3) Simpan sebagai skrip.sh

4) Tetapkan permission skrip menggunakan arahan:

Arahan Perintah
$ chmod 755 skrip.sh


5) Jalankan skrip menggunakan arahan:

Arahan Perintah
$ bash skrip.sh


atau

Arahan Perintah
$ sh skrip.sh


atau

Arahan Perintah
$ ./skrip.sh





email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Photorec : Memulihkan Data Yang Dipadam Secara Tidak Sengaja
Software ini berupaya mengembalikan data yang telah di padam atau media yang terformat secara tidak sengaja.

Mengesan jenis Kad Grafik


Antaramuka Shutdown
Menutup (Shutdown) dan memulakan semula (Restart) komputer melalui dialog.

Pintasan Hibernasi
Membuat pintasan (shortcut) hibernasi

Mengembalikan ikon "Show Desktop"
Cara untuk mengembalikan ikon "Show Desktop" di Quick Launch Bar


Google Button
Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 1696 | Jumlah Artikel: 379
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Bahan RSS
Advertise on this site
Render time: 0.1767 second(s).