UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Shutdown Windows dalam rangkaian

Shutdown Windows dalam rangkaian

Oleh zainal
Dikirim pada Friday 16 February 2007





Dalam Windows XP, terdapat satu utiliti dipanggil shutdown.exe yang boleh digunakan untuk shutdown dan restart komputer dalam rangkaian. Utiliti ini juga didatangkan sekali dalam Resource Kit bagi Windows 2000/2003.

Sebelum menghantar arahan shutdown, pastikan:

1) Anda telah mencipta akaun anda dalam komputer tersebut dan dimasukkan dalam grup "Administrator"
2) Komputer tersebut berada dalam domain atau workgroup yang sama.

Untuk melihat senarai komputer dalam workgroup, buka MS-DOS dan taipkan arahan berikut:

net view

Arahan Perintah
C:\documents and Settings\zainal> net view


Contoh senarai komputer dalam Workgroup saya:

Arahan Perintah
\\Administrator
\\PC1
\\PC2
\\PC3
\\PC4
\\PC5


Untuk shutdown komputer PC5, buat sambungan ke sumber terlebih dahulu menggunakan arahan:

net use \\PC5 /user:Akaun

Arahan Perintah
C:\documents and Settings\zainal> net use \\PC5 /user:zainal
The command completed successfully.


Kemudian masukkan arahan shutdown:

shutdown -s -m \\PC5

Arahan Perintah
C:\documents and Settings\zainal> shutdown -s -m \\PC5


Untuk restart pula, saya akan gunakan arahan berikut:

shutdown -r -m \\PC5

Arahan Perintah
C:\documents and Settings\zainal> shutdown -r -m \\PC5


Akhir sekali tutup sumber dengan menaip arahan:

net use \\PC5 /delete

Arahan Perintah
C:\documents and Settings\zainal> net use \\PC5 /delete
\\PC5 was deleted successfully.


Halaman Berkaitan
Shutdown Windows Secara Automatik



email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini

Komen
hakim88 | 20 Feb : 07:54

Jumlah Komen: 16

Penyertaan: 10 Feb : 07:37

mase kite tengah shutdown windows tu, takpe ke internet still on..

zainal | 20 Feb : 17:33
Jumlah Komen: 5

Penyertaan: 13 Nov : 00:48

Bergantung kepada peranan komputer tu, kalau komputer tu dijadikan server atau gateway ke internet, semua komputer dalam network tak dapat akses internet, sampai la Windows tu boot secara normal.

User | 05 Mar : 23:40
Jumlah Komen: 18

Penyertaan: 05 Mar : 19:07

camne nak sent mesej plak...

oldstarz | 09 Mar : 04:13
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 08 Mar : 01:07

kena gne software per?

zainal | 15 Mar : 11:58
Jumlah Komen: 5

Penyertaan: 13 Nov : 00:48

@User
command utk send mesej dalam network:

net send \\PC5 MESEJ

@oldstarz
tak guna software, guna command MS-DOS jerr :)

spirit_of_the_coin | 16 Mar : 13:25
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 29 Nov : 15:48

kenapa bila lps taip 'shutdown -s -m \PC5' kluar msg 'access denied'

zainal | 17 Mar : 09:17
Jumlah Komen: 5

Penyertaan: 13 Nov : 00:48

Biasanya 'Access Denied' berpunca bila kita takde administrative right ke atas PC tersebut.

1) Pastikan akaun kita dimasukkan ke dalam Group Administrator
2) Check kat dalam Group Policy guna utiliti gpedit.msc Kemungkinan Administrator account status dah Disabled.

User | 09 May : 23:46
Jumlah Komen: 18

Penyertaan: 05 Mar : 19:07

apesal xlehpn nk sent msj.kene masuk admind dl ke? ms cmd,pahtu taip net send name pc mesej.btl la kn,apesal xleh..

ali | 18 May : 12:20
Jumlah Komen: 10


@User

Apa error yang keluar? saya ada tulis tutorial ringkas cara nak hantar mesej dalam network

http://www.ilmuit.com/tutorial/428

Harap membantu..

zellgnr | 14 Apr : 00:11
Jumlah Komen: 2

Penyertaan: 07 Apr : 02:01

Saya sudah cuba cmd yang dicadangkan tetapi masih gagal
untuk shutdown computer lain. setiap kali cuba akan keluar mesej "access denied"

zellgnr | 14 Apr : 00:43
Jumlah Komen: 2

Penyertaan: 07 Apr : 02:01

mencipta akaun anda dalam komputer tersebut dan dimasukkan dalam grup "Administrator?? mcm mana nie a...... boleh bagi tahu
secara terperinci. (DETAILS)



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Photorec : Memulihkan Data Yang Dipadam Secara Tidak Sengaja
Software ini berupaya mengembalikan data yang telah di padam atau media yang terformat secara tidak sengaja.

Mengesan jenis Kad Grafik


Antaramuka Shutdown
Menutup (Shutdown) dan memulakan semula (Restart) komputer melalui dialog.

Pintasan Hibernasi
Membuat pintasan (shortcut) hibernasi

Mengembalikan ikon "Show Desktop"
Cara untuk mengembalikan ikon "Show Desktop" di Quick Launch Bar


Google Button
Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 1696 | Jumlah Artikel: 379
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Bahan RSS
Advertise on this site
Render time: 0.6546 second(s).