Tutorial Kategori Kepentingan Backup

Kepentingan Backup

Oleh ali
Dikirim pada Sunday 03 June 2007



Ancaman daripada spyware dan adware adalah salah satu sebab mengapa anda perlu membuat salinan backup data dan fail-fail komputer anda (mp3, gambar, dokumen dan lain-lain). Sesetengah program malware boleh melekatkan dirinya ke dalam sistem operasi. Walaupun terdapat program-program untuk membebaskan malware seperti Spybot dan HijackThis, namun ada kalanya dalam beberapa keadaan, anda masih perlu memasang semula keseluruhan sistem operasi.

Memasang semula sistem operasi boleh menyebabkan risiko komputer anda tidak boleh boot secara normal. Jika ini berlaku, biasanya pilihan terakhir ialah dengan cara memformat komputer anda dan membuat sistem baru. Tanpa salinan (backup), semua data-data anda akan hilang.

Oleh itu amat penting sekali untuk anda membuat backup fail-fail penting. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, anda hanya perlu mengembalikan semula data yang telah dibackup tadi ke tempat asal.







email to someone printer friendly Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial
Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini

Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.

Render time: 0.1367 second(s). DB queries: 94.