UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Nyahralat skrip Perl CGI

Nyahralat skrip Perl CGI

Oleh zainal
Dikirim pada Monday 16 July 2007



Dalam CGI, apabila berlakunya ralat, skrip akan memaparkan "Internal Server Error" pada skrin komputer. Terdapat banyak jenis ralat yang boleh dihasilkan oleh skrip Perl CGI contohnya seperti "403 Forbidden" dan juga "500 Internal Server Error".

403 Forbidden
Ralat 403 Forbidden berlaku apabila pelayan web cuba untuk melaksanakan skrip tanpa keizinan penuh. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu berikan kebenaran pada pelayan untuk melaksanakan skrip. Caranya, melalui telnet taipkan arahan:

chmod 755 skrip.cgi

Arahan Perintah
$ chmod 755 skrip.cgi


Sekiranya anda muat naik fail skrip melalui FTP, anda boleh selaraskan kebenaran fail melalui program FTP.

500 Internal Server Error
Ralat "500 Internal Server Error" adalah antara yang sering berlaku ke atas skrip-skrip CGI. Jika anda mengalami masalah ini, anda boleh mengambil beberapa langkah-langkah berikut:

1) Sekiranya anda muat naik fail skrip melalui FTP, pastikan anda lakukan dalam format ASCII

2) Pastikan baris pertama skrip menunjukkan haluan (path) sebenar Perl. Lazimnya, haluan Perl akan kelihatan seperti berikut:

KOD
#!/usr/bin/perl


Bagaimanapun, bergantung kepada sistem, haluan Perl adalah berbeza dari satu sistem ke sistem yang lain. Sila hubungi pentadbir anda untuk mengetahui haluan Perl anda yang betul.

Memeriksa sintaks
Untuk memeriksa sintaks, gunakan opsyen -c dalam arahan telnet seperti berikut:

perl -c skrip.cgi

Arahan Perintah
$ perl -c skrip.cgi


Ini adalah cara yang paling cepat untuk mengesan dan membetulkan ralat sintaks. Setiap kali anda menjumpai ralat, betulkan dan guna semula arahan perl -c sehingga berjaya.



email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Photorec : Memulihkan Data Yang Dipadam Secara Tidak Sengaja
Software ini berupaya mengembalikan data yang telah di padam atau media yang terformat secara tidak sengaja.

Mengesan jenis Kad Grafik


Antaramuka Shutdown
Menutup (Shutdown) dan memulakan semula (Restart) komputer melalui dialog.

Pintasan Hibernasi
Membuat pintasan (shortcut) hibernasi

Mengembalikan ikon "Show Desktop"
Cara untuk mengembalikan ikon "Show Desktop" di Quick Launch Bar


Google Button
Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 1696 | Jumlah Artikel: 379
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Bahan RSS
Advertise on this site
Render time: 0.6196 second(s).