UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Ralat: Cannot modify header information headers already sent

Ralat: Cannot modify header information headers already sent

Oleh webmaster
Dikirim pada Monday 20 August 2007



Apa perlu anda buat sekiranya terjadi ralat sebegini:

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/akaun/public_html/config.php:42) in /home/akaun/public_html/config.php on line 43

Ada beberapa punca kepada masalah ini:

Ruang kosong (space character)
Header already sent boleh terjadi apabila terdapatnya ruang kosong (space character) sebelum atau selepas tag PHP.

KOD

<?php
echo "Testing";
?>


Dalam contoh di atas, terdapat ruang kosong yang dibiarkan sebelum kod PHP. Biasanya masalah ini mudah berlaku apabila anda menggunakan penyunting (editor) yang akan memasukkan blank space ke dalam fail yang telah disunting. Juga dipanggil sebagai whitespace, karakter kosong boleh mengganggu header sebaik sahaja fail diakses melalui pelayar web.

Pastikan tiada sebarang karakter kosong. Lihat contoh kod yang betul:

KOD
<?php
echo "Testing";
?>


Fungsi header()
Jika anda menggunakan fungsi header(), pastikan fungsi header() tidak diletakkan ditengah-tengah kod HTML. Lihat contoh:

KOD
<div>
<?php
Header("Location: http://www.google.com");
?>
</div>


Anda perlu mencari jalan supaya fungsi header() berada di luar kawasan HTML. Seperti yang dapat anda lihat pada kod di atas, fungsi header() berada di antara dua tag div.

Saya betulkan kod di atas. Lihat contoh yang betul:

KOD
<?php
Header("Location: http://www.google.com");
?>
<div>
</div>


Bagaimanapun, anda boleh abaikan ralat ini dengan menutup petunjuk output_buffering dalam php.ini:

KOD
output_buffering = off









email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0671 second(s).