UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Nyahaktif DNS Cache

Nyahaktif DNS Cache

Oleh webmaster
Dikirim pada Saturday 08 September 2007



Apabila anda mengakses sesebuah laman web, Windows akan cuba meningkatkan kelajuan dengan menyimpan maklumat DNS di dalam komputer.

Untuk melihat maklumat DNS yang tersimpan di dalam cache komputer anda, jalankan MS-DOS dan taip arahan berikut:

ipconfig /displaydns

Arahan Perintah
C:\documents and Settings\Webmaster> ipconfig /displaydns


Bagaimanapun sekiranya komputer anda dijadikan pelayan web untuk tujuan pembangunan dan sering bertukar-tukar entri dalam DNS, akan timbul masalah DNS lookup. Ini boleh menyebabkan sesebuah laman web gagal disambungkan.

Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh kosongkan cache DNS dengan menggunakan arahan berikut:

ipconfig /flushdns

Arahan Perintah
C:\documents and Settings\Webmaster> ipconfig /flushdns


Untuk menyahaktif terus fungsi DNS cache, sunting Registry anda:

1) Klik Start -> Run

2) Taip regedit, tekan ENTER

4) Kembangkan (expand) ke:

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\Dnscache\Parameters

5) Cipta nilai DWORD baru dengan nama MaxCacheTtl

6) Beri nilai "0"


email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Photorec : Memulihkan Data Yang Dipadam Secara Tidak Sengaja
Software ini berupaya mengembalikan data yang telah di padam atau media yang terformat secara tidak sengaja.

Mengesan jenis Kad Grafik


Antaramuka Shutdown
Menutup (Shutdown) dan memulakan semula (Restart) komputer melalui dialog.

Pintasan Hibernasi
Membuat pintasan (shortcut) hibernasi

Mengembalikan ikon "Show Desktop"
Cara untuk mengembalikan ikon "Show Desktop" di Quick Launch Bar


Google Button
Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 1696 | Jumlah Artikel: 379
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Bahan RSS
Advertise on this site
Render time: 0.3676 second(s).