UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Tip Memilih Nama Domain

Tip Memilih Nama Domain

Oleh admin
Dikirim pada Saturday 02 February 2008



Memilih nama domain kadang-kala boleh membuatkan hampir semua pemilik web bingung. Tidak seperti template dan rekabentuk web, Perkara pertama sekali sebelum laman web diwujudkan ialah dengan memilih nama domain kerana ia akan kekal dan tidak boleh diubah. Ciri-ciri nama domain yang baik ialah:

1) Sedap didengar

2) Mudah dieja

3) Mudah diingat

4) Unik

5) Mempunyai makna

6) Mencerminkan jenis laman web

Panduan Memilih Nama Domain
Pilihlah nama yang unik tetapi sedap didengar, sesuai dan mudah disebut. Unik tidak semestinya pelik dan perlulah mempunyai makna yang positif. Elakkan daripada memilih nama yang mengandung makna yang buruk. Selain itu pilih nama domain yang mempunyai maksud yang berkaitan dengan isi kandungan laman web.

Sebelum anda memilih nama untuk laman web anda, sebaik-baiknya buat pertimbangan terlebih dahulu dan tentukan nama domain yang sesuai untuk laman web anda.

Bagi laman web perniagaan, tuliskan nama penuh perniagaan anda dan pastikan nama domain anda pendek, ringkas dan mudah diingat. Senaraikan juga kebarangkalian nama-nama untuk digunakan (contohnya raziauto.com, razikafe.com)

Bagi laman web persendirian, pilih nama domain menggunakan nama penuh atau nama samaran anda.

Gunakan utiliti Whois, taipkan nama pilihan anda untuk mengetahui samada ianya telah berdaftar atau tidak. Sekiranya nama anda telah berdaftar, nama anda tidak boleh digunapakai lagi. Bagaimanapun anda boleh memeriksa tarikh luputnya melalui maklumat Whois. Sekiranya ia telah tamat tempoh, nama domain tersebut akan dilepaskan dari Registry dan anda boleh mendaftar sebagai pemilik baru.








email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0642 second(s).