Tutorial Kategori Pemalar PHP

Pemalar PHP

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 15 July 2004



Pemalar atau constant ialah suatu kuantiti atau data yang nilainya tidak berubah. Menggunakan pemalar PHP di dalam skrip adalah suatu yang sering saya lakukan. Saya tidak tahu cara anda, tetapi pada saya ia harus digunakan. Ia sungguh senang untuk digunakan, sangat berguna dan juga mudah.

Jika anda tidak pernah terfikir untuk menggunakan pemalar atau jarang-jarang untuk menggunakannya di dalam skrip anda, pembacaan seterusnya boleh mengubah persepsi anda.

Cara untuk menakrif pemalar PHP
Anda boleh menakrif pemalar dengan menggunakan fungsi define() .

KOD

// menakrif nama tapak web, oleh kerana ia tak berubah
// letakkan di mana-mana sahaja pada skrip anda
define( 'SITE_NAME', 'IlmuIT.com' );

// menakrif tahun semasa
define( 'THIS_YEAR', date('Y') );

// anda boleh menggunakan pemalar sedia ke dalam pemalar lain
// contoh berikut akan menambah simbol hak cipta (copyright) dan tahun
define( 'SITE_NAME_T', SITE_NAME.'?'.THIS_YEAR );



Tips menggunakan pemalar PHP di dalam skrip anda
Terlalu banyak kegunaan pemalar PHP untuk ditunjukkan di sini. Lihat contoh berikut:

KOD

// menakrif nama tapak web
define( 'SITE_NAME', 'IlmuIT.com' );

// menakrif keterangan web
define( 'SITE_DESC', 'Sumber Maklumat IT' );

// menakrif root pelayan web saya. Saya hanya perlu
// menaip DOC_ROOT berbanding $_SERVER['document_ROOT']!
define( 'DOC_ROOT', '/home/username/public_html' );

// menakrif folder
define( 'INCLUDES', DOC_ROOT.'includes' );

// menakrif folder
define( 'CLASSES', DOC_ROOT.'classes' );

// menakrif karakter
define( 'NL', "<br>" );
define( 'TB', ' ' );

// echo perenggan dengan nama site serta keterangan
echo '<p>Selamat Datang ke '.SITE_NAME.''.NL.TB.''.SITE_DESC.'.</p>';

// memasukkan fail-fail luar
include_once( INCLUDES.'/functions.php' );
include_once( CLASSES.'/classes.php' );



Fakta menarik tentang pemalar PHP

  • Sejauh ini, kelebihan menggunakan pemalar dalam PHP ialah skopnya yang
    global; anda boleh menggunakannya di dalam fungsi atau classes

  • Oleh kerana pemalar tidak berubah, maka anda tidak boleh mengubah nilainya.

  • Pemalar PHP adalah case sensitive, maksudnya SITE_NAME tidak sama dengan
    site_name

  • Pemalar PHP tidak boleh mengandungi array, hanya boleh menerima
    jenis-jenis data seperti berikut:



KOD

// String
define( 'AUTHOR', 'webmaster' );

// Integer
define( 'COLUMNS', 3 );

// Boolean
define( 'SHOW_MENU', FALSE );

// Float
define( 'DISCOUNT_50', 0.5 );











email to someone printer friendly Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial
Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini

Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.


Render time: 2.2766 second(s). DB queries: 96.