UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Enkrip pemacu USB

Enkrip pemacu USB

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 10 September 2009



BitLocker ialah fungsi yang diperkenal dalam Windows Vista membolehkan anda membuat enkripsi kandungan yang terdapat di dalam cakera keras (Hard Disk). Windows 7 menawarkan fungsi BitLocker yang lebih maju di mana anda boleh enkrip storan mudah alih USB seperti pendrive.

Untuk membuat enkripsi pada storan USB :

1) Buka My Computer

2) Klik kanan pada pemacu USB yang ingin dienkrip

3) Pilih "Turn on BitLocker" (Lihat rajah 1)



4) Sediakan Kata Laluan baru untuk mengunci pemacu (Lihat Rajah 2)



5) Klik Next

6) Simpan recovery key ke dalam fail dengan memilih Save the recovery key to a file (Lihat Rajah 3). Recovery key digunakan untuk memperoleh kembali data-data yang terdapat di dalam pemacu USB sekiranya anda terlupa kata laluan. Klik Next



7) Klik Start Encrypting untuk memulakan proses enkripsi

8) Selepas enkripsi selesai, periksa di dalam Explorer perubahan ikon pada pemacu USB anda. Sekiranya ikon bertukar menjadi kunci berwarna emas, ia menunjukkan pemacu sedang dikunci. (Lihat Rajah 4)



9) Sekarang cabut pemacu USB dan cucuk semula ke palam USB. Windows 7 akan meminta anda masukkan kata laluan.

10) Klik butang Unlock untuk membuka pemacu. (Lihat Rajah 5)












email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini

Komen
Enkrip pemacu USB kusharf | 08 Dec : 01:54
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 08 Dec : 01:40

Reply
Tunjukan cara untk singkirkan Enkrip pemacu USB(BitLocker). cubaan untk singkirkan gagal, "This password is the only way to unlock this drive. add another unlocking method before removing password.



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.4549 second(s).