UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Credential Manager dalam Windows 7

Credential Manager dalam Windows 7

Oleh webmaster
Dikirim pada Saturday 06 February 2010



Apabila anda membuka Control Panel Windows 7, anda akan mendapati terdapat beberapa ciri dan aplikasi baru di dalamnya. Salah satu aplikasi yang dimaksudkan ialah Credential Manager (Lihat Rajah 1).


Gambarajah 1: Credential Manager

Menyimpan Kata Laluan
Credential Manager membolehkan anda mengurus dan menyimpan usernames dan katalaluan bagi laman web dan mana-mana sumber yang memerlukan pengesahan. Dengan menyimpan maklumat pengesahan, Windows 7 akan mengakses laman web dan sumber secara automatik. Bukan itu sahaja, Credential Manager juga membolehkan anda membuat pendua (back up) dan menyimpan semula (restore) data pengesahan.

Untuk membuka Credential Manager:

1) Klik Start -> Control Panel

2) Klik Credential Manager

Untuk menambah pengesahan baru (Lihat Rajah 2)

1) Klik Add a Windows credential

2) Dalam ruang Resource, taipkan nama sumber (komputer, router, modem, printer) atau URL laman web yang ingin anda akses.

3) Dalam ruang User Name, masukkan nama ID bagi sumber atau laman web

4) Dalam ruang Password, masukkan katalaluan bagi sumber atau laman web

5) Klik OK


Gambarajah 2: Memasukkan maklumat pengesahan baru

Pengesahan atau credential akan disimpan di dalam Windows Vault. Anda boleh gunakan Credential Manager untuk menyunting atau membuang pengesahan dari vault pada bila-bila masa. Sebagai tambahan, anda juga boleh menambah sijil pengesahan (cretificate-based credentials) untuk digunakan bersama-sama pengesahan.





email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Menyekat laman web dengan HOSTS
Cara menyekat laman web tertentu dengan menyunting fail HOSTS untuk Windows 9x, ME, NT, 2000, XP, 2003, Vista, dan 7.

Credential Manager dalam Windows 7
Pengenalan dan cara penggunaan Credential Manager dalam Windows 7.

Memapar matawang dengan betul
Memformat wang / matawang menggunakan fungsi NUMBER_FORMAT

Simbol Pembuka Kata dalam Pembolehubah
Menggunakan simbol pembuka kata (Double Quotes) dalam pembolehubah (Variable)

Nyahaktif Hibernasi dalam Windows 7
Menyahaktif (Deactivate) Hibernasi untuk menjimatkan ruang storan dalam Windows 7.




Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2118 | Jumlah Artikel: 397
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.1174 second(s).