UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Menukar PHP menjadi HTML

Menukar PHP menjadi HTML

Oleh webmaster
Dikirim pada Wednesday 25 August 2010



Ada mitos mengatakan enjin carian akan mengindeks laman web anda dengan lebih cekap sekiranya halaman web anda menggunakan fail HTML berbanding skrip dinamik yang lain seperti PHP, ASP, JSP dan sebagainya. Secara peribadi, saya tidak merasakan enjin carian akan bersikap berat sebelah dengan membezakan skrip yang digunakan. Bagaimanapun saya percaya sekiranya laman web anda menggunakan HTML sepenuhnya, terdapat peningkatan dari segi keselamatan web itu sendiri untuk jangka masa yang panjang. Alasannya mudah, sekiranya seseorang mengetahui jenis bahasa atau skrip yang digunakan oleh laman web anda, lebih mudah untuk mereka mengeksploitasi mana-mana kod yang lemah (vulnerable).

Dalam tutorial ini anda akan belajar cara bagaimana untuk menulis semula atau menukar fail PHP menjadi HTML menggunakan aturan mudah .htaccess. Saya akan bekalkan skrip yang boleh digunakan dalam pelayan Apache dengan mod_rewrite.

Contoh fail-fail PHP anda:
index.php, portfolio.php, forum.php

Dengan menggunakan skrip di bawah, masukkan ke dalam kerangka .htaccess dan anda boleh mengakses semua fail-fail PHP di atas menggunakan sambungan HTML.

KOD
RewriteEngine on
RewriteBase /
RewriteRule ^(.*)\.html$ $1.php [L]


Arahkan pengunjung web anda mengakses kandungan index.php menggunakan index.html. Begitu juga dengan portfolio.php menjadi portfolio.html, dan forum.php menjadi forum.html

Halaman Berkaitan
Memalsukan direktori - mod rewrite






email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2658 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0872 second(s).