UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Tip Keselamatan Rangkaian Wayarles

Tip Keselamatan Rangkaian Wayarles

Oleh webmaster
Dikirim pada Friday 27 August 2010



Berikut 5 langkah-langkah mudah bagi membantu anda melindungi rangkaian wayarles (tanpa wayar). Langkah-langkah ini adalah sebagai panduan umum - untuk garis panduan lebih terperinci, sila rujuk buku panduan vendor perkakasan anda.

1) Muat Turun Perisian Tegar (firmware) peralatan anda
2) Tukar kata laluan Pentadbir (Administrator)
3) Tukar nama SSID dan nyahaktif Siaran SSID (SSID Broadcasting)
4) Aktifkan WPA
5) Had akses melalui alamat MAC

1) Muat Turun Perisian Tegar (firmware) peralatan anda

Perisian tegar atau firmware ialah perisian sistem yang di simpan di dalam memori ROM sesuatu perkakasan - dalam kes ini router tanpa wayar (wireless router) anda. Firmware yang datang bersama-sama router tanpa wayar biasanya sudah ketinggalan. Muat turun firmware baru dari laman web rasmi vendor bagi memastikan keselamatan dan kelancaran di tahap yang paling baik.

Memandangkan kerentanan keselamatan ditemui saban hari, penampung (patches) juga akan wujud bagi membaikpulih kelemahan-kelemahan ini. Sekiranya anda menggunakan firmware asal yang datang bersama-sama router anda, kebarangkalian adanya lubang-lubang keselamatan bagi membolehkan seseorang merampas sambungan Internet anda juga adalah tinggi. Bukan itu sahaja, mereka juga mungkin boleh melihat fail-fail komputer yang terdapat di dalam rangkaian anda malah mencuri kata laluan dan nombor kad kredit anda.

Oleh yang demikian, anda perlu memastikan router wayarles anda dimuatkan dengan firmware terkini dari vendor. Kebanyakan router wayarles hari ini membolehkan anda mengemaskini firmware, dan prosesnya amat mudah. Periksa laman web pengeluar peralatan wayarles anda bagi mendapatkan butir-butir cara untuk memuat turun firmware terkini, dan cara untuk memasangnya.

2) Tukar kata laluan Pentadbir (Administrator)

Kata Laluan asal (default) router wayarles perlu ditukar serta merta. Semua router wayarles didatangkan denga username dan kata laluan yang sama. Untuk menukar kata laluan, masuk ke konfigurasi router wayarles, dan cari pautan atau aturan bertulis "Admin". Jika anda mengalami kesulitan untuk membuat aturan, rujuk buku panduan pengguna router wayarles anda.

3) Tukar nama SSID dan nyahaktif Siaran SSID (SSID Broadcasting)

Router wayarles anda didatangkan dengan SSID asal. SSID ialah nama rangkaian yang dikongsi oleh semua peralatan di dalam rangkaian tanpa wayar. SSID perlu digunakan oleh semua alat di dalam rangkaian wayarles. Untuk keselamatan, anda disarankan menukar SSID asal (default) ini kepada nama yang lebih unik bagi mengelakkan sambungan tanpa kebenaran di dalam rangkaian anda.

SSID Broadcasting ialah penyiaran nama SSID router bagi memudahkan peralatan lain untuk bersambung ke rangkaian wayarles anda. Bagaimanapun ia juga memudahkan sesiapa sahaja dengan peralaran wayarles untuk mengakses rangkaian anda. Dengan membuka siaran SSID, sama seperti anda meninggalkan kunci kereta di dalam alat pencucuh sambil anda keluar ke kedai serbaneka.

Dengan menutup siaran SSID, setiap peralatan wayarles yang ingin disambungkan perlu SSID-nya sama seperti yang terdapat pada router wayarles. SSID bukanlah sejenis pengesahan (authentication) tetapi lebih kepada pengenalan (identification).

Sila rujuk buku panduan router wayarles anda tentang cara untuk menyahaktifkan SSID Broadcasting ini.

4) Aktifkan WPA

Kebanyakan kad wayarles dan router menyokong ciri-ciri keselamatan tanpa wayar yang dipanggil WPA atau WPA2. WPA atau nama singkatan bagi Wi-Fi Protected Access ialah mekanisma enkripsi terbaru menggantikan WEP bagi memastikan setiap data yang keluar masuk dari rangkaian lebih selamat.

5) Had akses melalui alamat MAC

Setiap kad network, samada wayar dan tanpa wayar memiliki satu alamat unik yang diperuntukkan dari pengilang. Alamat ini dipanggil alamat MAC. Dengan mengaturkan supaya router wayarles anda hanya membenarkan sambungan dari alamat MAC tertentu, anda secara langsung telah menambah baik keselamatan rangkaian wayarles anda.








email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0939 second(s).