Tutorial Kategori Mengaktif Pemproses Berbilang Teras

Mengaktif Pemproses Berbilang Teras

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 22 September 2011



Banyak aplikasi-aplikasi berat seperti permainan komputer memerlukan sokongan pemproses berbilang teras atau multi-core processor. Bagaimanapun, sekiranya anda hanya memiliki dual, quad, atau pemproses enam teras (6-core processor), tiada jaminan bahawa kesemua teras ini digunakan. Secara asal (default), Windows akan menjalankan semua teras yang ada. Walau bagaimanapun, dalam beberapa keadaan, Windows akan menetapkan teras yang paling rendah berbanding teras yang paling tinggi. Masalah ini akan timbul apabila sistem operasi Windows telah diatur untuk tidak membenarkan penggunaan semua teras pada pemproses.

Jika anda mengalami kelembapan mendadak terhadap prestasi sistem komputer, dalam keadaan tertentu Windows 7 akan menyahaktif teras tertentu. Ini sering terjadi bagi menjimatkan penggunaan kuasa atau untuk membantu program-program lama berfungsi dengan baik.

Untuk mengaktif teras berbilang dalam Windows 7:

1) Klik Start -> Run

2) Taipkan "msconfig" dan tekan Enter (Jalankan program sebagai Administrator)

3) Dalam tetingkap System Configuration, klik pada tab Boot dan tekan butang Advanced Options (Lihat Rajah 1).



4) Tandakan pada pilihan Number of processors. Pilih dari senarai berapa banyak jumlah teras/cores yang ingin digunakan (Lihat Rajah 2). Klik Ok.



5) Klik OK

6) Klik Restart







email to someone printer friendly Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.




Artikel & Tutorial Terkini

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.


Render time: 0.0595 second(s).