Tutorial Kategori Menetapkan Kata Laluan Bergambar dalam Windows 8

Menetapkan Kata Laluan Bergambar dalam Windows 8

Oleh webmaster
Dikirim pada Saturday 24 September 2011



Microsoft Windows 8 telah memperkenalkan banyak konsep dan ciri-ciri baru. Sebagai contoh, ia telah memperkenalkan dua cara baru untuk log masuk ke dalam Windows menggunakan kata laluan bergambar atau menggunakan nombor PIN.

Kata laluan bergambar membolehkan anda menggunakan gambar dari pustaka simpanan sebagai kata laluan. Anda perlu untuk melaksanakan tiga gerak isyarat pada gambar yang anda ingin gunakan sebagai kata laluan. Sebagai contoh, anda boleh memilih, melukis dan mengubah saiz pada bahagian gambar yang anda mahu.

Cara untuk mengetapkan kata laluan bergambar dalam Windows 8 adalah seperti berikut:

1) Klik Start -> Control Panel

2) Klik pada menu Users, anda akan mendapati opsyen Picture Password di bahagian kanan skrin (Lihat Gambarajah 1).



3) Klik butang Create a picture password, anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan semasa.



4) Langkah seterusnya ialah dengan memilih gambar bagi kata laluan baru anda.

5) Sila pilih gambar yang diinginkan dengan melayari folder (browse) di dalam komputer anda.

6) Klik seterusnya untuk mengesahkan pilihan.

7) Langkah seterusnya; anda diminta untuk memberikan 3 kedudukan untuk gerak isyarat. Anda diminta untuk melukis gerak isyarat ini menggunakan bentuk baris, garisan lurus, dan bulatan pada 3 bahagian berlainan di atas skrin. Pastikan anda mengingati posisi dan lokasi di mana lukisan dibuat kerana ia adalah sebahagian daripada kata laluan bergambar anda.



Selesai! Anda telah berjaya menetapkan Kata Laluan Bergambar dan anda akan diminta untuk melukis corak kata laluan anda pada log masuk yang seterusnya. Bagaimanapun ciri Kata Laluan Bergambar ini sangat sesuai jika digunakan pada peranti skrin sesentuh (touchscreen) berbanding pada komputer desktop biasa.








email to someone printer friendly Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.




Artikel & Tutorial Terkini

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.


Render time: 0.5930 second(s).