Tutorial Kategori Cara Pasang Plugin di Wordpress

Cara Pasang Plugin di Wordpress

Oleh webmaster
Dikirim pada Wednesday 16 November 2011



Perkara yang paling asas yang perlu diketahui oleh pengguna-pengguna Wordpress ialah memasang Plugin. Pemasangan plugin Wordpress boleh dilakukan dengan dua cara. Secara teknikalnya, anda boleh memasang plugin WordPress di blog anda melalui:

- Dashboard
- atau FTP

Kaedah Dashboard
Memasang plugin WordPress melalui papan pemuka atau Dashboard memerlukan anda untuk mencari, memuat turun, memasang dan mengaktifkan plugin manakala memasang plugin melalui FTP memerlukan anda untuk memuat turun terlebih dahulu skrip plugin dan memuat naik ke pelayan melalui protokol FTP.

Memasang plugin melalui Dashboard adalah cara yang paling mudah bagi menjalankan plugin di blog anda berbanding cara FTP. Jika anda sudah mengetahui nama plugin, anda boleh terus mencari plugin tersebut di Dashboard dengan cara:

1) Plugins -> Add New

2) Masukkan kata kunci plugin yang ingin di cari dan klik butang Search Plugins



Anda akan melihat contoh skrin seperti ini, saya akan memasang plugin pengoptimum Wordpress. Dalam kes ini, saya mencari plugin pengoptimum WP Optimize dan saya mendapat keputusan seperti berikut:



Untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai plugin, klik pada details untuk melihat maklumat lanjut mengenai plugin. Pastikan anda memasang plugin yang mendapat jumlah rating yang tinggi bagi memastikan keserasian plugin dengan versi perisian Wordpress yang digunakan. Untuk mulakan pemasangan plugin, klik pada Install Now.



Sekiranya plugin telah selesai dipasang, anda akan mendapat hasil keputusan yang menunjukkan plugin telah berjaya dipasang. Klik Activate Plugin untuk mengaktifkan plugin:



Sekarang anda bolehlah pergi ke panel tetapan plugin yang dipasang tadi dan buat tetapan yang diperlukan.

Kaedah FTP
FTP merupakan satu lagi kaedah yang sangat berguna apabila anda gagal memasang plugin WordPress melalui papan pemuka. Anda hanya perlu memuat turun plugin Wordpress dari perpustakaan plugin WordPress, nyahmampat (unzip) dan muat naik ke perpustakaan plugin WordPress. Anda memerlukan perisian klien FTP atau cPanel untuk mencapai matlamat ini. Biasanya, folder plugin Wordpress terletak di haluan wp-content/plugins. Sebaik sahaja anda selesai memuat naik fail-fail plugin, anda hanya perlu masuk ke menu plugin WordPress dalam Dashboard dan aktifkan plugin di sana. Ini amat berguna sekali sekiranya anda tidak mempunyai akses untuk memasang plugin atau tema akibat sekatan pelayan.



Bagi mereka yang masih baru dalam dunia pembangunan web dan blog, saya sarankan supaya kaedah FTP dilakukan selepas anda betul-betul faham dengan kaedah ini kerana sebarang kesilapan boleh mengganggu keseluruhan sistem Wordpress anda.

Menguruskan plugin WordPress sangat mudah, apa yang perlu anda lakukan ialah pergi ke menu plugin di bahagian Dashboard dan aktif atau nyahaktif plugin. Sekiranya plugin anda gagal berfungsi, mungkin terdapat isu semasa plugin dengan versi yang Worpdress yang digunakan atau mungkin terdapat konflik atau fail yang korup. Dalam kes seperti ini, anda hanya perlu log masuk ke akaun FTP anda dan matikan plugin yang bermasalah tadi dengan membuang atau menamakan semula fail plugin di dalamnya.








email to someone printer friendly Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.




Artikel & Tutorial Terkini

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.


Render time: 0.0817 second(s).