Tutorial Kategori Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook

Oleh webmaster
Dikirim pada Wednesday 21 December 2011



Salah satu tip penjenamaan yang paling lazim yang boleh dilakukan untuk laman web anda adalah dengan mencipta laman peminat Facebook. Di sini saya akan kongsikan tutorial yang lengkap bagaimana untuk mencipta laman peminat Facebook (Fanpage) untuk laman web atau blog. Sekiranya anda tidak pasti mengapa anda perlu mencipta laman peminat Facebook sendiri, sila baca seterusnya kerana ia akan mengubah persepsi anda tentang Facebook.

Facebook merupakan salah satu rangkaian sosial yang paling popular dengan 850 juta pengguna. Dengan membina laman peminat Facebook (fanpage), anda telah membantu pembaca, pengunjung, dan pelanggan anda berhubung secara terus dengan anda. Bergantung kepada kemahiran sosial media yang anda miliki, anda boleh libatkan peminat Facebook anda ke dalam perbualan dalam talian untuk menjadikan jenama anda lebih menonjol. Sebenarnya, banyak syarikat-syarikat besar telah menggunakan medium Facebook sebagai saluran utama untuk memperkenalkan produk-produk baru mereka.

Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efisen sekiranya anda menggunakannya dengan bijak. Sekiranya anda mengabaikan Facebook sebagai saluran pemasaran dan penjenamaan, anda sebenarnya telah kehilangan sejumlah besar pelanggan untuk perniagaan dalam talian.

Langkah-langkah Cara Membuat Laman Peminat Facebook
Seperti yang telah dinyatakan di atas, laman Facebook boleh membantu anda mengukuhkan penjenamaan, dan perhubungan antara anda dengan pelanggan dan pengunjung blog dan laman web anda.

Sila pilih jenis laman anda. layari https://www.facebook.com/pages/create.php untuk mencipta laman Facebook dan pilih jenis perniagaan atau komuniti yang anda miliki. Dengan memilih kategori yang betul, akan membantu jenama laman web anda untuk mencapai sasaran pelanggan yang betul.



Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membina kelab peminat untuk laman web atau blog, sila pilih Brand or Product dan pilih Website dari pilihan dropdown. Kemudian, masukkan nama untuk jenama anda. Tandakan pada "I agree to Facebook Pages Terms" dan klik butang Get Started.



Seterusnya, adalah langkah untuk menambah gambar profil untuk laman peminat anda. Saya cadangkan, gunakan foto atau gambar rasmi atau logo syarikat anda untuk profil hadapan. Saiz maksimum untuk gambar profil Faceboook adalah 180x540 piksel. Klik butang Upload an Image untuk memuat naik gambar atau foto dari komputer anda.



Sebaik sahaja anda memuat naik gambar ke laman profil Facebook yang baru diwujudkan, klik butang Continue. Facebook memberikan anda pilihan untuk menjemput rakan-rakan anda untuk mengunjungi laman peminat anda. Anda boleh melangkau langkah ini buat masa ini dan menggunakan ciri ini kemudian. Sila klik butang Skip



Pada halaman seterusnya anda akan diminta untuk memasukkan butiran mengenai laman web atau blog anda. Sila masukkan alamat URL laman web anda di ruangan Website dan keterangan web anda di ruangan Description. Klik butang Continue.



Setelah selesai, anda akan mempunyai laman seperti ini (di bawah) dan anda boleh menekan butang Like dan mencadangkan orang ramai untuk turut serta dalam perbincangaan laman Facebook anda.









email to someone printer friendly Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.




Artikel & Tutorial Terkini

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.


Render time: 1.2868 second(s).