UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Bermain dengan .htaccess

Bermain dengan .htaccess

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 15 July 2004



Apa itu .htaccess?
.htaccess ialah fail penting yang dibaca oleh pelayan Apache dan mengandungi petunjuk-petunjuk pelayan. Anda boleh mengawal direktori pelayan anda dengan menyunting .htaccess dan menempatkannya ke dalam direktori akar. Jika sesuatu petunjuk diberikan, petunjuk tersebut boleh memberi kesan kepada direktori semasa dan juga direktori-direktori di bawahnya. Selain itu, fail .htaccess juga boleh mengawal PHP tanpa perlu menyunting fail php.ini.

Untuk menggunakan .htaccess, anda perlu memastikan terlebih dahulu samada pelayan anda membenarkan anda untuk berbuat begitu. Jika tidak, sila hubungi pentadbir anda. Bagi mereka yang mempunyai capaian 'root', anda boleh memeriksa fail httpd.conf:

KOD
AllowOverride All


Panduan menggunakan .htaccess
Dalam Windows 9x, jika anda menggunakan Notepad, anda tidak boleh menyimpan (save) fail atau menamakannya dengan .htaccess, saya tidak tahu mengapa tetapi ada dua cara yang biasa saya gunakan untuk mencipta fail .htaccess di dalam Windows 9x.

a) Gunakan Dreamweaver untuk mencipta fail .htaccess (di mana anda boleh namakannya kepada .htaccess tanpa masalah) atau

b) Simpan fail dengan nama htaccess.txt, kemudian pindahkan ke pelayan dan namakan fail anda di sana.

Berikut adalah beberapa kegunaan .htaccess:

Mengaktifkan Register_Global
Selain dari membuat arahan register_global di dalam php.ini, anda juga boleh membuat arahan register_global di dalam .htaccess seperti berikut:

KOD
php_flag register_globals on


Meletakkan fungsi kata laluan pada folder
Jika anda ingin meletakkan fungsi pengesahan pada folder-folder tertentu, anda boleh menggunakan arahan seperti berikut:

KOD
AuthType Basic
AuthName "gambar Rahsia"
AuthUserFile /home/website/.htpasswd/gambar/rahsia/passwd
require valid-user


Tukarkan parameter bagi arahan AuthUserFile dengan folder anda.




email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Photorec : Memulihkan Data Yang Dipadam Secara Tidak Sengaja
Software ini berupaya mengembalikan data yang telah di padam atau media yang terformat secara tidak sengaja.

Mengesan jenis Kad Grafik


Antaramuka Shutdown
Menutup (Shutdown) dan memulakan semula (Restart) komputer melalui dialog.

Pintasan Hibernasi
Membuat pintasan (shortcut) hibernasi

Mengembalikan ikon "Show Desktop"
Cara untuk mengembalikan ikon "Show Desktop" di Quick Launch Bar


Google Button
Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 1713 | Jumlah Artikel: 379
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Bahan RSS
Advertise on this site
Render time: 0.1481 second(s).