UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Apa itu C?

Apa itu C?

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 15 July 2004



Apa itu C?
C ialah bahasa yang telah terbukti tentang keberkesanan untuk menyelesaikan masalah dari sistem operasi hinggalah ke sistem yang lebih kompleks, dan yang paling penting sekali ialah kompilernya yang boleh didapati dari sistem Apple Macintosh hinggalah ke superkomputer. Kejayaan C adalah berdasarkan faktor-faktor berikut:

Kompilernya yang mudah-alih (portability)
konsep library yang standard
mempunyai operator yang sangat berkuasa
sintaks yang elegan
bersedia untuk mengakses perkakasan (hardware) jika diperlukan

Kegunaan C
Mulanya C digunakan untuk kerja pembangunan sistem, khususnya dalam mereka bentuk sistem operasi (OS). Tetapi mengapa C? Kerana ia mampu menghasilkan kod C yang cepat sama seperti menulis dalam bahasa himpunan (assembly). Antara contoh kegunaan C ialah:

Sistem Operasi (Operating System)
Kompiler (Compiler)
Penghimpun (Assembler)
Penyunting Teks
Print Spooler
Pemacu Network (Network Driver)
Program-program terkini
Pangkalan Data (Database)
Penterjemah bahasa (Interpreter)
Utiliti

Sejak kebelakangan ini, C telah digunakan untuk pelbagai tujuan kerana ia sangat popular di kalangan pengaturcara (programmer) di segenap pelusuk dunia. C bukanlah bahasa yang sukar untuk dipelajari. :)

Kelebihan Bahasa C?
Apa yang saya mampu perkatakan tentang C ialah ianya sangat seksi :) . - Ramai programmer akan bersetuju dengan saya bahawa alasan yang paling utama sebab mereka menggunakan C ialah kerana ianya mudah-alih. Jika anda seorang pengguna telefon bimbit, saya percaya anda boleh terangkan sebab anda menggunakan telefon bimbit.






email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2658 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0623 second(s).