UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Senarai program untuk mentadbir MySQL

Senarai program untuk mentadbir MySQL

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 15 July 2004



Pengalaman saya dahulu ketika mula-mula menggunakan MySQL, saya banyak menghabiskan masa membaca dokumentasi dan fail bantuan. Dari membaca log, membuat backup & recovery, mengurus pengguna, menambah pengguna, hinggalah membuang pengguna, saya menggunakan program MS-DOS MySQL (mysql.exe & mysqladmin.exe). Seperti yang saya telah katakan, ia pengalaman lepas. Sekarang saya mempunyai banyak pilihan untuk mengendalikan pelayan MySQL saya dengan mudah dan cepat. Berikut adalah senarai program-program yang pernah saya gunakan.

PhpMyAdmin
PhpMyAdmin ialah program berasaskan web untuk mengurus dan mentadbir pangkalan data MySQL dan jadual, memasukkan rekod, dan melaksanakan pertanyaan. Program ini ditulis sepenuhnya dalam PHP, dan dilesenkan di bawah GNU GPL. Untuk memasang PhpMyAdmin, anda memerlukan sebuah pelayan web dengan sokongan PHP.



Muat turun PhpMyAdmin


SQLyog
SQLyog ialah pentadbir MySQL berasaskan Windows. Ia menawarkan antaramuka grafik yang mudah digunakan termasuk kemudahan untuk melakukan penyegerakan database pada pelayan yang berlainan.

Muat turun SQLyog


PremiumSoft Navicat
PremiumSoft Navicat ialah perisian kongsi berasaskan GUI yang juga senang dikendalikan.



Muat turun Navicat


MySQL Turbo Manager
MySQL Turbo Manager bukanlah "favourite Tool" saya kerana ia sukar untuk dikendalikan.




MySQL Monitor
MySQL Monitor ialah program yang didatangkan sekali dengan pakej MySQL. Program ini boleh didapati di dalam direktori C:\mySQL\bin. Saya cadangkan kepada mereka yang betul-betul ingin mempelajari MySQL dengan lebih mendalam supaya menggunakan MySQL Monitor sebagai permulaan.




MySQL Administrator
MySQL Administrator ialah program percuma untuk menjalankan operasi MySQL seperti konfigurasi pelayan, memantau status, melaksanakan dan menghentikan pelayan, mengurus pengguna, membuat backup, dan beberapa tugas pentadbiran yang lain. Kelebihan MySQL Administrator berbanding program-program yang disebutkan di atas ialah ia dapat memantau status dan kesihatan pelayan seperti sambungan dan penggunaan memori.



Muat turun MySQL Administrator


MySQL Control Center (MySQLCC)
Satu lagi program percuma yang dibangunkan oleh MySQL untuk mengurus pangkalan data MySQL. MySQLCC boleh didapati untuk platform UNIX, Linux dan juga bakal menemui pengguna-pengguna MacOS X (dalam pembangunan).



Muat turun MySQLCC




email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Jumlah nilai:  8.0 - 1 juri


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Photorec : Memulihkan Data Yang Dipadam Secara Tidak Sengaja
Software ini berupaya mengembalikan data yang telah di padam atau media yang terformat secara tidak sengaja.

Mengesan jenis Kad Grafik


Antaramuka Shutdown
Menutup (Shutdown) dan memulakan semula (Restart) komputer melalui dialog.

Pintasan Hibernasi
Membuat pintasan (shortcut) hibernasi

Mengembalikan ikon "Show Desktop"
Cara untuk mengembalikan ikon "Show Desktop" di Quick Launch Bar


Google Button
Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 1713 | Jumlah Artikel: 379
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Bahan RSS
Advertise on this site
Render time: 0.4627 second(s).