UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Menukar Alamat IP

Menukar Alamat IP

Oleh anonymous
Dikirim pada Thursday 15 July 2004



Tutorial ini akan menunjukkan cara untuk menukar nombor IP anda kepada nombor IP yang lain jika anda tidak mahu pelayan DHCP untuk berbuat demikian untuk anda. Ini amat berguna kerana anda boleh menukar nombor IP jika anda diserang Penafian Layanan (Denial of Service) atau jika anda mahu mengelakkan seseorang menggunakan IP anda untuk tujuan tertentu tanpa pengetahuan anda. Menukar IP juga amat berguna jika rangkaian anda telah diban dengan syarat ban itu hanya merangkumi IP anda sahaja dan bukannya keseluruhan jarak IP.

Maklumat IP
Sebelum anda boleh menukar alamat IP, anda perlukan sedikit maklumat. Maklumat yang saya maksudkan ialah jarak IP, subnet mask, alamat gateway, pelayan DHCP, dan pelayan DNS.

Mendapatkan jarak IP - untuk mendapatkan jarak IP, saya mencadangkan anda menggunakan program Neo Trace.

Mendapatkan subnet mask, alamat gateway, dan pelayan DHCP - untuk mendapatkan maklumat ini dengan cara mudah, hanya buka program dos/command dan taipkan "ipconfig /all", tanpa tanda ''. Anda akan mendapat keputusan lebih kurang seperti berikut:

Arahan Perintah
C:\>ipconfig /all

Windows IP Configuration

Host Name . . . . . . . . . . . . : Nama Komputer
Primary Dns Suffix . . . . . . . :
Node Type . . . . . . . . . . . . : Unknown
IP Routing Enabled. . . . . . . . : No
WINS Proxy Enabled. . . . . . . . : No

Ethernet adapter Local Area Connection:

Connection-specific DNS Suffix . : xxxx.xx.x
Description . . . . . . . . . . . : SURECOM EP-320X-R 100/10/M PCI Adapter
Physical Address. . . . . . . . . : XX-XX-XX-XX-XX-XX
Dhcp Enabled. . . . . . . . . . . : Yes
Autoconfiguration Enabled . . . . : Yes
IP Address. . . . . . . . . . . . : 210.xxx.xxx.xx
Subnet Mask . . . . . . . . . . . : 255.255.240.0
Default Gateway . . . . . . . . . : 210.xxx.xxx.x
DHCP Server . . . . . . . . . . . : 210.xx.xxx.xx
DNS Servers . . . . . . . . . . . : 210.xx.xxx.xxx
210.xx.xxx.xx
210.xx.xxx.xxx
Lease Obtained. . . . . . . . . . : Monday, January 20, 2004 4:44:08 PM
Lease Expires . . . . . . . . . . : Tuesday, January 21, 2004 3:43:16 AM


Menukar IP
Untuk menukar alamat IP, pilihlah sebarang IP yang diinginkan dari jarak IP anda dan ingatkan ia atau tuliskan di atas secebis kertas. Dan anda perlulah memilih IP yang mati atau belum digunakan, jadi lakukan ping melalui IP tersebut untuk memeriksanya "ping x.x.x.x" dan jika anda mendapat times out maka anda bolehlah menggunakan IP tersebut.

Sekarang masuk ke dalam Control Panel. Klik Network Connections dan pilih sambungan yang aktif (barangkali LAN atau nama ISP anda). Buka sambungan tersebut dengan membuat klik 2 kali pada ikon Network Connection, akan muncul windows Properties sambungan anda seperti berikut:



kemudian pilih Internet Protocol (TCP/IP) dibawah General Tab dan klik Properties. Dalam windows ini, pada General tab pilih "Use the following IP address" dan masukkan alamat IP yang ingin anda gunakan (yang anda pilih sebelum ini) dan untuk Subnet Mask masukkan subnet mask yang anda terima dari maklumat ipconfig /all, begitu juga dengan Default Gateway.



Kemudian pilih "Use the following DNS server addresses" dan masukkan maklumat yang anda terima sebelumnya. Sekarang klik sahaja OK. Cuba refresh website untuk melihat kesannya. Untuk memastikan perubahan IP anda, cuma taipkan ipconfig sekali lagi di dalam DOS dan lihatkan alamat IP baru anda.

Jika anda ingin menukar alamat MAC, anda boleh melakukan 2 cara iaitu:

1) menukar terus kad Ethernet kepada yang lain (jika network anda tiada sambungan router)

2) menukar MAC spoofing pada router

Untuk mengetahui alamat MAC anda, taipkan "ipconfig /all" di dalam dos/command bagi pengguna WinNT/2000, maklumat MAC akan ditunjukkan pada baris Physical Address.

Jika anda menggunakan Windows 9x, pergi ke start-> run-> winipcfg. Pilih butang more info dan anda boleh melihat alamat MAC anda di sana.


email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Jumlah nilai:  4.5 - 6 juri

Komen
mady | 05 Jan : 21:36
Jumlah Komen: 2

Penyertaan: 05 Jan : 02:04

=



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Photorec : Memulihkan Data Yang Dipadam Secara Tidak Sengaja
Software ini berupaya mengembalikan data yang telah di padam atau media yang terformat secara tidak sengaja.

Mengesan jenis Kad Grafik


Antaramuka Shutdown
Menutup (Shutdown) dan memulakan semula (Restart) komputer melalui dialog.

Pintasan Hibernasi
Membuat pintasan (shortcut) hibernasi

Mengembalikan ikon "Show Desktop"
Cara untuk mengembalikan ikon "Show Desktop" di Quick Launch Bar


Google Button
Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 1713 | Jumlah Artikel: 379
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Bahan RSS
Advertise on this site
Render time: 0.7551 second(s).