UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Memilih kad adapter Ethernet

Memilih kad adapter Ethernet

Oleh anonymous
Dikirim pada Thursday 15 July 2004



Jenis kad adapter ethernet
Adapter Ethernet, selalunya merujuk kepada kad network (network card), ialah peranti yang ditambah ke PC anda untuk membenarkan ia berfungsi di dalam networking antara 2 atau lebih komputer. Peranti ini diletakkan pada bas komputer sama sepertimana kad video (video card) dan kad suara (sound card).



Mendapatkan kad network untuk PC yang serasi IBM amat mudah. Ia boleh didapati di kedai-kedai komputer yang menjual barang-barang komputer.

Terdapat banyak pengeluar (manufacturer) adapter Ethernet. Sesetengah adapter yang dijual di pasaran adalah berpatutan dari segi harga, seperti adapter generic serasi "NE2000". Ada juga adapter Ethernet yang mahal tetapi membekalkan tahap kepercayaan yang tinggi. Kadang-kala masalah "Sync" boleh berlaku kepada kad-kad generic, yang menghasilkan kekerapan "dropped signal", yang boleh mengakibatkan aplikasi network seperti game, Internet Explorer berhenti berfungsi.

Memilih adapter untuk digunakan adalah bergantung kepada keseriusan anda tentang network anda. Jika anda ingin menggunakan network untuk business yang sangat berat, anda mungkin perlu berbelanja lebih untuk kad yang telah dipercayai. Jika anda ingin menggunakan network untuk bermain game dan sebagainya, maka pemilihan kad yang murah adalah pilihan yang tepat tetapi anda mungkin akan menghadapi masalah kecil kemudian hari.

Sebagai tambahan, pastikan jenis medium network atau cable yang sedang digunakan sekarang, contohnya jenis COAX atau UTP. Kalau boleh saya cadangkan anda membeli network jenis kombo yang mempunyai kedua-dua elemen ini.


Jenis Kabel
Terdapat beberapa perbezaan jenis kabel yang digunakan untuk membuat sambungan ke dalam network; saya akan sentuh dua jenis kabel iaitu jenis COAX dan UTP.

Coaxial cable (COAX)
Coax adalah jalan termudah untuk membuat sambungan PC ke dalam network kerana ia mudah dan murah, walaupun begitu coaxial adalah teknologi yang lama dan tidak selaju teknologi UTP. Jika anda tidak menggunakan network untuk memindahkan bilangan data yang sangat besar, seperti dari pelayan (server), maka penggunaan COAX adalah jalan yang terbaik. Berikut adalah cara bagaimana COAX disambungkan ke kad network yang menggunakan jenis sambungan BNC.



Twisted Pair Cable (UTP)
Kabel jenis ini mirip dengan line yang digunakan untuk telefon di rumah. Kelebihan 10base-T/100base-T ialah ia mampu untuk membawa data yang lebih banyak berbanding sistem COAX. Ia juga mudah dikendalikan di dalam network yang besar. Ketika artikel ini ditulis, 100base-T adalah kabel yang paling popular kerana ia mampu membawa data pada kelajuan 100MBps



Kabel jenis ini memerlukan anda untuk menggunakan hab. Hab ialah peranti berpusat yang membenarkan network yang menggunakan 10base-T atau 100base-T untuk berkomunikasi di dalam network.


Jenis Bas
Apabila anda membeli kad network, peluang bas yang ada untuk dipilih ialah jenis bas PCI dan ISA (Tidak termasuk bas USB atau bas bersepadu (Integrated)). Bas jenis ISA mungkin tidak terdapat lagi dipasaran dan telah digantikan dengan teknologi PCI yang berkemampuan untuk menerima dan menghantar data pada kelajuan 132MBps.






email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Jumlah nilai:  10.0 - 1 juri

Komen
Memilih kad adapter Ethernet hassanul | 10 Jul : 04:14
Jumlah Komen: 2

Penyertaan: 10 Jul : 03:47

Reply
bole sy nak tau..
apa tu sync??
sy kurang paham...
mintak tlg ajr..


Komen
Memilih kad adapter Ethernet mdnor | 30 Jul : 23:06
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 30 Jul : 22:54

Reply
btol gak 2..
sye pn nak tau gk ape tu sync..
slme ni asyik dgar je..
adekah ia sme fngsi sperti bluetooth,infrared,wireless taupn len2 lg y sme wktu denganyer


Komen
Maslah Semasa Bermain Game kewinmr | 12 Jun : 20:16
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 12 Jun : 20:04

Reply
Bila saya sedang main game, tiba2 game stuck, skrin jadi gelap ( no signal ) dan CPU masih hidup. Apa masalah yg sedang saya hadapi sekarang?



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2658 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.1149 second(s).