Mentadbir Windows Dengan Selamat
|
|
|
Oleh Syukur Alias Dikirim pada Thursday 15 July 2004
|
|
Kawal Akses
Jika anda seorang yang pemalas seperti saya, anda mungkin kerap menggunakan akaun administrator di stesen kerja untuk melayari Web, memeriksa emel, atau mengendali pelayan. Apa akan berlaku jika anda melawat laman web yang mengandungi skrip yang mengarahkan anda untuk memuat turun trojan ke dalam komputer anda? Perlu diingatkan bahawa akaun administrator bersifat kompromi. Jika trojan telah tertanam di dalam komputer anda, dibimbangi komputer anda akan menjadi sasaran kepada penggodam.
Untuk mengelakkan program yang tidak sah (seperti trojan) dari memasuki ke dalam komputer, seseorang pentadbir (administrator) perlulah memiliki sekurang-kurangnya dua akaun: satu akaun (pengguna biasa) digunakan untuk tugas-tugas biasa, seperti melayari web, menghantar pesanan peribadi, dan sebagainya, dan satu lagi akaun untuk tugasan pentadbiran (administrative tasks). Contohnya apabila anda sedang menaip surat menggunakan Microsoft Word, tiba-tiba anda terfikir untuk membuat salinan (backup), anda boleh log keluar, dan log masuk semula menggunakan akaun administrator, setelah selesai proses backup, log keluar sekali lagi, dan log masuk semula menggunakan akaun biasa.
Dengan cara ini, anda boleh mengelakkan komputer anda dari risiko keselamatan komputer seperti Trojan horse dan juga risiko-risiko keselamatan yang lain.
Kaedah seperti ini tidak terhad untuk mereka di pejabat sahaja, ianya boleh juga dipraktikkan di rumah. Mari kita lihat cara aturan bagi komputer saya di rumah:
Sebaik sahaja akaun Along (Administrator) untuk diri saya dicipta, saya menciptakan satu lagi akaun Along 2 yang terhad (limited) untuk kegunaan biasa. Kemudian barulah akaun-akaun lain dicipta untuk pengguna-pengguna lain seperti keluarga dan sebagainya. Dengan akaun yang terhad, keluarga saya tidak boleh sama sekali membuat instalasi sebarang program. Bergantung kepada program itu juga, keluarga saya perlu meminta kebenaran pentadbir di mana memerlukan Along untuk memasang sesuatu program. Dengan akaun yang terhad juga, mereka tidak boleh membuang dan menukar fail serta penggunaan program-program pentadbiran juga terhad.
Anda boleh mengurus akaun pengguna melalui 2 cara. Melalui Control Panel -> User Accounts atau melalui Control Panel -> Administrative Tools -> Computer Management.
Run As
Servis Run As (juga dipanggil Secondary Logon) adalah kaedah untuk memudahkan perlaksanaan sesuatu program yang di luar dari tauliah anda. Contohnya, jika anda seorang pentadbir (administrator) sedang menggunakan komputer melalui akaun Along 2 (terhad), penggunaan program pentadbiran seperti Computer Management adalah terhad, di mana tidak semua fungsi di dalamnya dapat digunakan sepenuhnya.
Dengan Run As, anda boleh menjalankan Computer Management seperti mana pentadbir tanpa perlu untuk log keluar dan log masuk melalui akaun administrator.
Terdapat dua cara untuk menggunakan Run As melalui Windows Explorer:
1. Klik kanan pada ikon program yang ingin dijalankan, contohnya fail-fail Executable (*.exe), fail konsol MMC (*.msc) dan utiliti Control Panel (*.cpl) kemudian pilih Run As.
Satu dialog Run As akan terpapar di skrin. Masukkan Username dan juga kata laluan.
2. Run As dari arahan MS-DOS juga boleh digunakan, tetapi anda perlulah mengetahui haluan program yang ingin dijalankan. Contohnya, untuk menjalankan fail konsol Computer Management compmgmt.msc yang terletak di lokasi \system32 sebagai Administrator, taipkan arahan berikut di MS-DOS:
runas /user:KOMPUTER\Administrator PROGRAM
Arahan Perintah C:\> runas /user:KOMPUTER\Administrator "mmc C:\Windows\System32\compmgmt.msc"
Anda juga boleh membuat pintasan Run As untuk memudahkan penggunaannya. Cuma klik kanan pada desktop, pilih New -> Shortcut, dan taipkan arahan berikut:
%windir%\system32\runas.exe /user:MTIT\Administrator "mmc %windir%\system32\compmgmt.msc"
Namakan pintasan tersebut dengan Computer Management. Sekarang, setiap kali anda klik pada pintasan tersebut, tetingkap MS-DOS akan dibuka, dan mengarahkan anda untuk memasukkan kata laluan. Taipkan kata laluan, tekan Enter, dan Computer Management akan dijalankan.
Jika anda tidak mahu menaip kata laluan anda setiap kali pintasan Run As ini dijalankan? anda boleh gunakan arahan seperti berikut:
%windir%\system32\runas.exe /user:MTIT\Administrator /savecred "mmc %windir%\system32\compmgmt.msc"
|
|
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial |
Penilaian
Jumlah nilai:           8.0 - 1 juri
|
Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.
|
Artikel TerbaruMencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.
Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.
Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.
Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.
Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)
Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.
Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.
Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.
Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.
Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.
|