ASP dalam bahasa inggeris Active Server Pages yang mana ianya salah satu produk dari Microsoft yang kebiasaanya terdapat dalam Pelayan Web IIS atau PWS
Jika kita membuat webpage menggunakan HTML, proses untuk mengeluarkan output HTML itu adalah statik dan jika HTML itu ditaip tarikh "9/7/2004" maka, sampai bila bila fail HTML itu akan memaparkan perkataan "9/7/2004" . Tetapi berbeza dengan ASP di mana ianya diproses dalam webserver. sebagai contoh:
tarikh.asp
KOD
< %
response.write date
% >
Output tarikh.asp
Lihat diatas, tarikh yang akan dikeluarkan oleh tarikh. ASP itu akan memaparkan tarikh semasa (dalam webserver) tetapi jika anda minta tarikh.HTML, ia akan paparkan "9/7/004" sampai bila bila.
Secara am nya, fungsi ASP ini sama dengan web script yang lain seperti PHP,JSP,Perl,CGI dan lain-lain. Ia membuatkan webpage kita menjadi lebih menarik, interaktif, tidak statik , dan fungsi yang selalu digunakan iaitu sebagai salah satu komponen yang menghubungkan database dengan website anda, seperti memaparkan maklumat dalam database, menambah data, mengemaskini data dan bermacam macam boleh dibuat dengan ASP.
Pada masa ini microsoft telah memajukan ASP ini dengan teknologi yang terbaru iaitu ASP.NET yang menggunakaan komponen atau function yang tersedia ada di dalam webserver.
ASP ini juga boleh dipanggil "ASP Classic" memandangkan terdapat versi ASP.NET yang baru.
Bahasa yang digunakan untuk membuat skrip ASP secara "default" ialah Vbscript.
Mudah jika kita belajar ASP, cuma apa yang perlu kita tahu ialah asas HTML, persekitaran Windows dan yang paling penting MINAT.
Secara peribadi saya mempelajari ASP bukan dari sekolah atau kursus atau universiti, tapi belajar sendiri di internet dan dengan kawan kawan di forum internet. Sudah tentu jika tidak faham , kita mesti jangan malu bertanya, dan yang paling penting ialah kita cuba berusaha dulu untuk menyelesaikan masalah ASP tersebut sebelum kita bertanya. Amat mudah mencari penyelesaian kerana banyak enjin pencarian internet pada masa ini, ditambahkan lagi, banyak kes kes atau masalah orang lama dalam ASP ini telah dijumpai sebelum kita berdepan dengan masalah ASP kita. Jadi, tidak perlu risau atau pening lalat untuk mula belajar ASP ni.
Sebenarnya pembelajaran ASP ini sama dengan PHP, CGI, Perl, JSP dan lain lain, bergantung pada minat dan kreativiti masing masing, Jika anda mahu memilih script yang mana satu untuk dipelajari, terpulang kepada kecenderongan pengetahuan anda, jika anda mempunyai lebih pengetahuan dalam bahasa C maka, sesuai dengan mempelajari webscript PHP, jika anda suka akan VB atau windows, maka sesuai dengan belajar ASP.
Selain ASP ni berguna untuk membuat website yang dinamik dan interaktif, ASP juga boleh membuat aplikasi online internet atau intranet. Intranet selalunya rangkaian dalam pejabat. maka tidak hairan kalau anda satu hari nanti boleh membuat aplikasi seperti Stock Online, Purchase Order Online, Sistem penempahan Hotel Online dan sebagainya
Banyak lagi yang boleh diceritakan di sini.. kita bersambung akan datang